Loading...

Pesawat Hawk masih mampu jalankan tugas - Hishammuddin

Loading...
Pesawat Hawk masih mampu jalankan tugas - Hishammuddin - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pesawat Hawk masih mampu jalankan tugas - Hishammuddin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pesawat Hawk masih mampu jalankan tugas - Hishammuddin
link : Pesawat Hawk masih mampu jalankan tugas - Hishammuddin

Baca juga


Pesawat Hawk masih mampu jalankan tugas - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak bercadang untuk mempertimbangkan mana-mana pesawat lain bagi menggantikan pesawat Hawk.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan, pesawat Hawk masih mampu menjalankan tugas-tugas yang dilaksanakan TUDM.

"Rata-rata semua mengatakan pesawat Hawk ini masih lagi merupakan pesawat yang memang mampu menjalankan tugas mereka di peringkat TUDM.

"Mereka tidak ingin memikirkan pesawat-pesawat lain dipertimbangkan," kata Hishammuddin sambil menjelaskan beliau sudah mengingatkan TUDM supaya menjalankan siasatan secara telus dan terperinci berhubung kes pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas minggu lalu.

Bagaimanapun katanya, insiden pada 15 Jun itu, yang mengorbankan dua juruterbangnya, masih lagi dalam siasatan.

"Cuma, insiden itu kita kena siasat dulu betul-betul. Dan itu memerlukan kita bawa keluar bangkai yang terbenam untuk kita buat siasatan.

"Memang menyedihkan perkara ini," katanya kepada media selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Setiausaha UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan akan turut melibatkan pakar bebas atau pihak-pihak berkaitan.

"Mesti libat pakar bebas. Saya pantau sendiri sebagai Menteri Pertahanan dan tidak meletakkan di atas tanggungjawab satu kumpulan sahaja, dengan kebimbangan mereka tidak peka kepada perkara yang disiasat itu. Jadi, kita guna banyak saluran," katanya lagi.

Dalam kejadian Khamis lalu, nahas melibatkan pesawat TUDM Hawk 108 telah mengorbankan dua juruterbangnya, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31.

Kedua-dua mereka ditemui pada 2.30 petang di kawasan berpaya di Chukai, Kemaman, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan TUDM.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAYeZf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Pesawat Hawk masih mampu jalankan tugas - Hishammuddin

Itulah artikel Pesawat Hawk masih mampu jalankan tugas - Hishammuddin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pesawat Hawk masih mampu jalankan tugas - Hishammuddin dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pesawat-hawk-masih-mampu-jalankan-tugas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pesawat Hawk masih mampu jalankan tugas - Hishammuddin"

Catat Ulasan

Loading...