Loading...
Tajuk : Pikap Serba Boleh
link : Pikap Serba Boleh
Pikap Serba Boleh
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menganjurkan sesi pandu uji pikap Mitsubishi Triton bersama 16 wakil media tempatan di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Program berkenaan memberi peluang kepada wartawan memandu uji pikap Triton terbaru yang diperkenalkan di pasaran tempatan menerusi model VGT Aventure X, Triton VGT Adventure, Triton VGT versi automatik dan Triton VGT (manual).
Majlis pelepasan konvoi di Tanjung Aru disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi untuk memulakan perjalanan selama dua jam menuju Kota Belud. Di Kota Belud, kumpulan media memandu di laluan lasak sejauh 30 kilometer (km) dengan melalui kawasan berlumpur, berbukit serta mengharungi sungai.
Shinnishi, pada sidang media berkata, Triton adalah pikap serba boleh yang memiliki kemampuan di luar jalan, lasak dan dilengkapkan dengan ciri keselamatan optimum serta tawaran jaminan 200,000 km atau lima tahun.
Menurutnya, varian terbaru itu adalah generasi baru yang dipadankan dengan enjin Mivec 2.4 turbo menggantikan enjin 2.5 liter Turbodiesel sebelum ini. Enjin dipertingkatkan itu mampu menghasilkan kuasa 181 Ps dan tork 430 Nm berbanding enjin 2.5 Commonrail turbo (178Ps dan 400Nm) sebelum ini.
Model ini juga menggunakan enjin aluminium 30 kilogram lebih ringan berbanding enjin terdahulu selain ujian mendapati ia mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 15 peratus. Antara ciri menarik terhadap wajah jentera ini adalah kombinasi lampu jenis HID, lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu kabus belakang.
Model dibekalkan dengan enjin Mivec 2.4 VGT ini juga hadir dengan transmisi manual enam kelajuan. Bagi mereka yang inginkan model premium dalam variannya, Adventure X adalah pilihan terbaik. Ia hadir dengan ciri tambahan untuk bampar depan, palang sports, kabin belakang bertutup dan rim aloi 17 inci.
Jentera Triton terbaru juga dilengkapi Kawalan Kestabilan Aktif serta sistem kawalan cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Trailer Sway Control (Kawalan ayunan treler) serta pengunci pintu pengesan-kelajuan automatik.
Untuk keselesaan pemanduan, ruang kabin dilengkapi stereng pelbagai fungsi termasuk sistem kawalan audio bagi menggantikan rekaan pada model sebelumnya. Bahagian tempat duduknya, dibalut dengan kulit serta sistem pelarasan aumotik dan papan pemuka lebih moden.
Secara keseluruhan, jentera pikap terbaru Mitsubishi diperkenalkan ini mampu memberi saingan kepada model lain di pasaran terutamanya bagi pengguna yang inginkan jentera pikap sebagai kenderaan urban lasak serta pelbagai fungsi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqVZrJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pikap Serba Boleh
Itulah artikel Pikap Serba Boleh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pikap Serba Boleh dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pikap-serba-boleh.html
0 Response to "Pikap Serba Boleh"
Catat Ulasan