Loading...

Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani

Loading...
Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani
link : Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani

Baca juga


Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani

PATTANI: Enam anggota tentera Thailand maut manakala empat yang lain cedera termasuk dua parah apabila kenderaan mereka terkena bom di Thungyangdaeng, Pattani hari ini.

Ketua Polis Pattani Mejar Jeneral Piyawat Chalermsi berkata kejadian 11.40 pagi waktu tempatan itu berlaku ketika anggota terbabit sedang melakukan rondaan di wilayah bergolak itu.

"Bom seberat 50 kilogram (kg) hingga 100kg ditanam di jalan itu dan diletupkan ketika kenderaan trak pikap dinaiki tentera itu melalui jalan terbabit," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata letupan bom buatan sendiri itu menyebabkan trak itu melambung tinggi ke udara selain menyebabkan lubang sedalam beberapa meter di jalan berkenaan.

Serpihan kenderaan pikap itu ditemui bertaburan di merata tempat di lokasi kejadian.

SELATAN-BOM 2 (AKHIR) PATTANI

Piyawat berkata keempat-empat anggota tentera yang cedera itu dibawa ke Hospital Pattani untuk rawatan.

Menurutnya kira-kira 100 anggota tentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memburu mereka yang bertanggungjawab.

Sementara itu, pegawai penyiasat di Balai Polis Thungyangdaeng Mejar Pomphet Choklang berkata pihaknya menemukan tong gas yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan letupan yang membunuh enam anggota tentera itu.

"Siasatan diteruskan untuk mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab serta motif mereka," katanya.

Konflik bersenjata di empat wilayah selatan Thailand sejak awal 2000 sehingga kini telah mengorbankan lebih daripada 6,000 orang.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2srmGNo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani

Itulah artikel Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pikap-tentera-thai-digempur-bom-100kg.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pikap tentera Thai digempur bom 100kg, enam maut di Pattani"

Catat Ulasan

Loading...