Loading...

Pilihan Raya Kecil DUN Pujut Dibatalkan – SPR

Loading...
Pilihan Raya Kecil DUN Pujut Dibatalkan – SPR - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pilihan Raya Kecil DUN Pujut Dibatalkan – SPR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pilihan Raya Kecil DUN Pujut Dibatalkan – SPR
link : Pilihan Raya Kecil DUN Pujut Dibatalkan – SPR

Baca juga


Pilihan Raya Kecil DUN Pujut Dibatalkan – SPR



PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut di Sarawak.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata keputusan itu adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada Sabtu lepas yang mengekalkan kelayakan Dr. Ting Tiong Choon sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

“Notis Pemakluman mengenai pembatalan PRK N.74 Pujut akan dipamerkan oleh pegawai pengurus pilihan raya di Dewan Suarah Miri dan Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat khas SPR hari ini mengenai status proses PRK DUN Pujut susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching membatalkan keputusan DUN Sarawak yang melucutkan keanggotaan Dr. Ting sebagai ADUN Pujut.

“Mesyuarat khas hari ini memutuskan bahawa proses PRK tersebut dan tarikh-tarikh yang ditetapkan sebelum ini adalah terbatal sejajar dengan keputusan mahkamah itu,” kata Hashim.

SPR sebelum ini menetapkan 20 Jun sebagai tarikh penamaan calon dan 4 Julai sebagai hari mengundi bagi kerusi itu.

Pada 12 Mei lepas, Dr. Ting dilucutkan kelayakan sebagai ADUN Pujut kerana beliau didakwa pernah memegang dua kewarganegaraan (Malaysia dan Australia) selepas usul itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh dan diluluskan dengan undi 70-10.

Pelucutan keanggotaan Dr. Ting menyebabkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Pujut.

Pada 7 Jun lepas, Dr. Ting memfailkan saman pemula bagi mencabar keputusan DUN itu. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHOUGt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Pilihan Raya Kecil DUN Pujut Dibatalkan – SPR

Itulah artikel Pilihan Raya Kecil DUN Pujut Dibatalkan – SPR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pilihan Raya Kecil DUN Pujut Dibatalkan – SPR dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pilihan-raya-kecil-dun-pujut-dibatalkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pilihan Raya Kecil DUN Pujut Dibatalkan – SPR"

Catat Ulasan

Loading...