Loading...

PKR berunding lagi selepas ahli enggan keluar pentadbiran Kelantan

Loading...
PKR berunding lagi selepas ahli enggan keluar pentadbiran Kelantan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR berunding lagi selepas ahli enggan keluar pentadbiran Kelantan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PKR berunding lagi selepas ahli enggan keluar pentadbiran Kelantan
link : PKR berunding lagi selepas ahli enggan keluar pentadbiran Kelantan

Baca juga


PKR berunding lagi selepas ahli enggan keluar pentadbiran Kelantan

 
Oleh Faiz Zainudin 


KUALA LUMPUR: PKR mungkin akan membuat keputusan baharu berhubung kedudukan ahlinya yang dilantik dalam pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah PAS, selepas laporan mereka masih kekal dalam jawatan masing-masing walaupun diarah meletakkan jawatan oleh PKR pusat.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata PKR pusat sedang berbincang dengan pemimpin PKR Kelantan, mengambil kira kedudukan kerjasama PAS dan PKR di Selangor walaupun kedua-dua parti tidak mempunyai hubungan rasmi lagi.

“Saya fikir kita melihat dinamika yang berlaku termasuk mahu melahirkan prinsip yang konsisten di negeri yang kita tadbir bersama,” katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa kerosakan lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini.

 PKR pada 17 Mei lalu memutuskan supaya semua ahli lantikan politik dalam kerajaan Kelantan meletak jawatan, selepas PAS membatalkan kerjasama dengan PKR.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata keputusan berhubung kedudukan ahli PKR dalam kerajaan Kelantan akan dibuat minggu ini selepas mendengar pandanganwakil negeri.

“Kita akan keluarkan kenyataan tidak lama lagi berhubung perkembangan terbaharu kedudukan ahli PKR di Kelantan.

“Setakat ini ahli PKR yang telah dilantik di Kelantan kekal seperti biasa namun tiada lantikan baru akan dibuat,” katanya.

Sabtu lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini lantikan politik yang diberikan kepada PKR berjalan seperti biasa.-FMT



Thus Article PKR berunding lagi selepas ahli enggan keluar pentadbiran Kelantan

Itulah artikel PKR berunding lagi selepas ahli enggan keluar pentadbiran Kelantan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PKR berunding lagi selepas ahli enggan keluar pentadbiran Kelantan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pkr-berunding-lagi-selepas-ahli-enggan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR berunding lagi selepas ahli enggan keluar pentadbiran Kelantan"

Catat Ulasan

Loading...