Loading...

PKR nafi Sivarasa buat laporan polis terhadap Sultan Selangor

Loading...
PKR nafi Sivarasa buat laporan polis terhadap Sultan Selangor - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR nafi Sivarasa buat laporan polis terhadap Sultan Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PKR nafi Sivarasa buat laporan polis terhadap Sultan Selangor
link : PKR nafi Sivarasa buat laporan polis terhadap Sultan Selangor

Baca juga


PKR nafi Sivarasa buat laporan polis terhadap Sultan Selangor

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR menafikan penyebaran sebuah mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang kononnya memberitahu bahawa Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa mengeluarkan kenyataan mahu membuat laporan polis Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, kenyataan itu sengaja dibuat bagi menjejaskan nama Sivarasa dan PKR.
 
"Beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media seperti ini, malah beberapa fakta adalah salah.
 
"Sivarasa tidak mempunyai seorang pembantu/PA pada waktu ini yang bernama Peter Chong dan beliau bukan Naib Presiden PKR," katanya dalam kenyataan media hari ini.
 
Sebelum ini tular di WhatsApp satu kenyataan yang kononya dikeluarkan oleh Sivarasa sebagai berkata; 
 
"Kenyataan dikeluarkan pihak Istana Selangor terhadap saya dirasakan terlalu kasar dan menafikan hak kebebasan saya untuk bersuara dan menyatakan kebenaran mengenai situasi politik semasa.
 
"Disebabkan itu, saya akan membuat laporan polis terhadap kenyataan Sultan Selangor kerana melanggar hak seperti termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan," petik kenyataan itu.
 
Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita terhadap tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang berucap dalam Masjid An Nur di Kampung Melayu Subang, 24 Mei lalu.
 
Baginda menyifatkan perbuatan Sivarasa itu melampaui batas kerana masih berucap di dalam masjid meskipun sudah berkali-kali diingatkan agar masjid tidak dijadikan tempat berpolitik sama ada bagi yang beragama Islam mahupun bukan Islam.
 
Sultan Selangor turut memberi amaran untuk tidak teragak-agak menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) supaya menamatkan perkhidmatan nazir, imam dan AJK masjid yang melanggar serta tidak mematuhi peraturan ditetapkan.
 
Selasa lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan tindakan Sivarasa yang memasuki dan memberi ceramah di ruang solat Masjid An Nur Kampung Melayu Subang.
 
 


Thus Article PKR nafi Sivarasa buat laporan polis terhadap Sultan Selangor

Itulah artikel PKR nafi Sivarasa buat laporan polis terhadap Sultan Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PKR nafi Sivarasa buat laporan polis terhadap Sultan Selangor dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pkr-nafi-sivarasa-buat-laporan-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR nafi Sivarasa buat laporan polis terhadap Sultan Selangor"

Catat Ulasan

Loading...