Loading...

PM Singapura luah rasa kecewa terhadap adik-beradiknya

Loading...
PM Singapura luah rasa kecewa terhadap adik-beradiknya - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PM Singapura luah rasa kecewa terhadap adik-beradiknya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PM Singapura luah rasa kecewa terhadap adik-beradiknya
link : PM Singapura luah rasa kecewa terhadap adik-beradiknya

Baca juga


PM Singapura luah rasa kecewa terhadap adik-beradiknya

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kecewa kerana adik-beradiknya memilih untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan hal peribadi keluarga.

PM Singapura luah rasa kecewa terhadap adik-beradiknya

PM Singapura luah rasa kecewa terhadap adik-beradiknya

“Saya amat sedih terhadap dakwaan yang telah dibuat mereka. Ho Ching dan saya menafikan dakwaan ini terutama dakwaan yang tidak masuk akal bahawa saya menyimpan cita-cita politik untuk anak lelaki saya.

“Walaupun adik-beradik mungkin mempunyai perbezaan, saya percaya perbezaan itu harus hanya melibatkan keluarga. Sejak ayah saya meninggal dunia pada Mac 2015, saya sebagai anak sulung, telah mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah antara kami dalam keluarga, demi menghormati ibu bapa kita,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

 

Hsien Loong berkata, kenyataan adik-beradiknya telah melukakan legasinya.

 

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk berbuat baik kepada ibu bapa saya. Pada masa yang sama, saya akan terus berkhidmat kepada rakyat Singapura dengan jujur dan kemampuan terbaik saya. Khususnya, dalam menegakkan meritokrasi yang meruipakan nilai asas masyarakat kita.

“Sebagaimana adik-beradik saya dimaklumkan, saya kini berada di luar negara kerana bercuti bersama keluarga. Saya akan mempertimbangkan perkara ini selepas kembali pada hujung minggu ini,” kata beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respon kepada kenyataan umum enam muka surat yang dikeluarkan oleh adik-beradiknya awal hari ini.

Dalam kenyataan mereka, Dr Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang antatra lain berkata, mereka hilang kepercayaan terhadap abang mereka, Perdana Menteri Hsien Loong.

Mereka berkata, bahawa mereka memerhatikan bahawa Hsien Loong dan Ho Ching mahu mewarisi legasi Lee Kuan Yew untuk tujuan politik mereka sendiri.

“Kami juga percaya, berdasarkan interaksi kami bahawa mereka mempunyai cita-cita politik untuk anak lelaki mereka, Li Hongyi,” kata mereka dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook mereka sekitar jam 2 pagi hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan dengan tajuk “What has happened to Lee Kuan Yew’s values? (Apa sudah jadi dengan nilai Lee Kuan Yew?)

Kebanyakan kenyataan itu tertumpu kepada hasrat Lee Kuan Yew untuk melihat rumahnya di 38 Oxley Road dirobohkan oleh ketiga-tiga anaknya.

Menurut kenyataan tersebut, sepanjang hidupnya, fokus utama Lee Kuan Yew adalah pada Singapura dan masa depannya.

“Dia membantah keras monumen terutama monumen dirinya dibina,” kata beliau.

Bagaimanapun, adik-beradik itu percaya bahawa Hsien Loong dan Ho Ching didorong oleh keinginan untuk mewarisikan kedudukan dan reputasi Lee Kuan Yew untuk diri sendiri dan anak-anak mereka.

“Ketika ayah kita membina negara ini berdasarkan meritokrasi, Hsien Loong pula, walaupun mendukung nilai-nilai ini, telah bersuara mengenai “aristokrasi bersifat natural”.

Mereka berkata Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching, membantah hasrat Lee Kuan Yew’ untuk merobohkan rumahnya, walaupun semasa Lee Kuan Yew masih hidup.

Sesungguhnya, mereka berkata Hsien Loong dan Ho Ching meluahkan rancangan untuk berpindah bersama keluarga ke rumah itu secepat mungkin selepas Lee Kuan Yew meninggal dunia.

“Langkah ini dikatakan dapat mengukuhkan mandat yang diwarisi Hsien Loong untuk dirinya dan keluarganya.

“Selain itu, walaupun jika Hsien Loong tidak tinggal di 38 Oxley Road, pemeliharaan rumah itu akan meningkatkan lagi suntikan modal politik beliau,” kata mereka.

Akhirnya, ia tidak sukar untuk melihat rumah terletak di 38 Oxley Road harus dirobohkan, kata Dr Wei Ling dan Hsien Yang yang merupakan wasi dan pemegang amanah bersama harta pusaka Lee Kuan Yew.

Mereka berkata, terdapat pertalian penuh antara antara hasrat terakhir Lee Kuan Yew dan rakyat Singapura kerana terdapat sokongan padu di kalangan rakyat Singapura bagi merobohkan rumah tersebut.

Merujuk kaji selidik bebas YouGov yang disiarkan pada 22 Disember 2015, mereka berkata, bahawa 77 peratus daripada rakyat Singapura menyopong perobohan rumah Lee Kuan Yew dan hanya 17 peratus  menentangnya.

“Kami adalah warga persendirian tanpa mempunyai cita-cita politik. Kami tidak meraih apa-apa manfaat daripada perobohan rumah di 38 Oxley Road, selain makluman bahawa kami telah menunaikan hasrat terakhir ayah kami,” kata kedua adik-beradik itu.

Bagaimanapun, adik-beradik itu menyatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan itu “bukan sama sekali kritikan  terhadap kerajaan Singapura kerana mereka  telah menyaksikan “ramai pemimpin jujur yang berkualiti lagi integriti dalam keseluruhan perkhidmatan  awam.” – Bernama

Sumber: Sinar



Sumber PM Singapura luah rasa kecewa terhadap adik-beradiknya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1YS4g

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article PM Singapura luah rasa kecewa terhadap adik-beradiknya

Itulah artikel PM Singapura luah rasa kecewa terhadap adik-beradiknya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PM Singapura luah rasa kecewa terhadap adik-beradiknya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pm-singapura-luah-rasa-kecewa-terhadap_14.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PM Singapura luah rasa kecewa terhadap adik-beradiknya"

Catat Ulasan

Loading...