Loading...
Tajuk : PM Terharu Terima Salam Aidilfitri Pengunjung
link : PM Terharu Terima Salam Aidilfitri Pengunjung
PM Terharu Terima Salam Aidilfitri Pengunjung
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau terharu kerana begitu ramai orang sanggup beratur panjang semata-mata untuk bersalaman dengannya sempena Aidilfitri tahun ini.
Perdana Menteri berkata, pada pengamatan beliau, jumlah pengunjung ke kediaman rasmi, Seri Perdana, kali ini jauh lebih ramai berbanding tahun sebelumnya.
"Hanya dua perkataan sahaja dapat saya fikirkan iaitu 'ramai' dan 'kepelbagaian', apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan Seri Perdana.
"Saya difahamkan (Aidilfitri) kali ini ramai yang datang dari jauh dan sanggup menunggu semata-mata untuk bersalaman dengan saya.
"Inilah cerminan rakyat kita, keakraban mereka dengan pemimpin menjadi teras menjamin masa depan yang memberangsangkan bagi negara.
"Saya bersyukur dengan keyakinan rakyat terhadap pucuk pimpinan negara," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2017, di kediaman rasmi Perdana Menteri, di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jumlah pengunjung yang hadir pada majlis rumah terbuka hari ini meningkat berbanding tahun sebelumnya.
Katanya, jelas mereka yang hadir ingin bersalaman dan beramah mesra dengan pemimpin negara terutama Perdana Menteri.
"Saya dimaklumkan orang ramai yang hadir bukan sahaja dari Putrajaya atau Lembah Klang tetapi juga dari Perak, Negeri Sembilan dan Johor.
"Mereka dilihat berbaris dari jalan utama hingga mengelilingi kompleks Seri Perdana semata-mata untuk berjumpa dengan Perdana Menteri," katanya. - BHarian
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4Nial
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article PM Terharu Terima Salam Aidilfitri Pengunjung
Itulah artikel PM Terharu Terima Salam Aidilfitri Pengunjung Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PM Terharu Terima Salam Aidilfitri Pengunjung dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pm-terharu-terima-salam-aidilfitri.html
0 Response to "PM Terharu Terima Salam Aidilfitri Pengunjung"
Catat Ulasan