Loading...

PM umum insentif raya untuk peneroka FELDA

Loading...
PM umum insentif raya untuk peneroka FELDA - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PM umum insentif raya untuk peneroka FELDA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PM umum insentif raya untuk peneroka FELDA
link : PM umum insentif raya untuk peneroka FELDA

Baca juga


PM umum insentif raya untuk peneroka FELDA

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KOTA TINGGI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan insentif hari raya dan dividen saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berjumlah RM780 kepada 94,555 peneroka FELDA.
 
Bagi insentif hari raya, kata Najib, FELDA meluluskan pembayaran RM47.28 juta dengan kadar RM500 bagi setiap keluarga peneroka.
 
"Ini ditambah dengan dividen FGV berjumlah RM26.4 juta atau RM280 bagi setiap peneroka, menjadikan jumlahnya RM780, membabitkan perbelanjaan RM73.75 juta," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ihya Ramadan FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 dan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri, di Padang Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Sayong, di FELDA Sungai Sayong, di sini, malam ini.
 
Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan RM674,400 sagu hati yang akan diagihkan kepada pengerusi masjid, imam, bilal dan siak di masjid dan surau utama tanah rancangan FELDA.
 
Najib berkata, pengerusi masjid di tanah rancangan itu akan menerima insentif RM400, imam mendapat RM500, bilal mendapat RM300 dan siak RM200, manakala imam surau utama RM500 dan bilal RM300.
 
Insentif kepada 3,625 petugas dan kakitangan FELDA iaitu 10 hingga 30 peratus daripada gaji pokok turut diumumkan.
 
"Bermula Jun ini, sebagai penghargaan pada petugas FELDA di barisan hadapan akan diberi insentif tambahan 10 hingga 30 peratus daripada gaji pokok.
 
"Empat rancangan FELDA dalam Tenggara akan menerima peruntukan jalan iaitu Bukit Ramun menerima RM1.35 juta, Pasir Raja (RM700,000), manakala Sungai Sayong dan Bukit Besar masing-masing (RM2.2 juta)," katanya.
 
 


Thus Article PM umum insentif raya untuk peneroka FELDA

Itulah artikel PM umum insentif raya untuk peneroka FELDA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PM umum insentif raya untuk peneroka FELDA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pm-umum-insentif-raya-untuk-peneroka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PM umum insentif raya untuk peneroka FELDA"

Catat Ulasan

Loading...