Loading...

PMSP Dedahkan Sarawak Report Edit Gambar Palsu

Loading...
PMSP Dedahkan Sarawak Report Edit Gambar Palsu - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PMSP Dedahkan Sarawak Report Edit Gambar Palsu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PMSP Dedahkan Sarawak Report Edit Gambar Palsu
link : PMSP Dedahkan Sarawak Report Edit Gambar Palsu

Baca juga


PMSP Dedahkan Sarawak Report Edit Gambar Palsu

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu akur dengan desakan pembangkang supaya menyiasat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung dakwaan Sarawak Report beliau menerima dana RM9.5 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, ia kerana portal berita negara asing kendalian Clare Rewcastle Brown itu merupakan satu portal yang bertujuan meniup pembohongan bagi menghasut pemikiran rakyat Malaysia dengan berita-berita palsunya.

“Mereka didapati menggunakan gambar yang sudah diedit menggunakan perisian komputer supaya ia kelihatan membawa imej buruk kepada Perdana Menteri Malaysia padahal gambar sebenar ialah gambar yang berbeza.

“Penipuan menggunakan suntingan gambar adalah strategi tanpa nilai moral dan etika serta berniat jahat ke atas pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ramesh menjelaskan, gambar oleh Sarawak Report memaparkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor seakan-akan sedang memilih barang kemas di sebuah kedai barang kemas di India ketika Najib dan isteri dalam lawatan kerja di negara berkenaan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati gambar itu sebenarnya adalah gambar pelancaran Projek Taman Tugu yang dirasmikan oleh Najib sebelum ini dan disunting dengan niat untuk memfitnah Najib serta menghasut pemikiran rakyat Malaysia supaya membenci kerajaannya.

“Gambar kedai emas berkenaan pula ada gambar sebuah kedai emas di Dubai yang diambil dari Getty Images hasil carian menggunakan Google. Jika Sarawak Report menggunakan cara seperti ini untuk kononnya memperjuangkan kebenaran, portal itu terbukti hanya sebuah laman web sampah yang tidak ada nilai dari segi berita, artikel dan laporannya,” katanya.

Ramesh berkata, beliau percaya Sarawak Report akan menggunakan apa sahaja pendekatan untuk mencipta dokumen palsu, membuat tuduhan tanpa bukti dan mencipta bukti yang tidak benar untuk memperlihatkan seakan-akan Perdana Menteri Malaysia terlibat dalam perbuatan salah.

“Dakwaan Muhammad Shafee menerima RM9.5 juta dengan dokumen yang disertakan dengan bukti yang mencurigakan juga tidak perlu dilayan kerana ia hanya dibuat berdasarkan khabar angin dan tidak dibuktikan dengan betul.

“Ketua Polis Negara pun sudah jemput Clare datang ke Malaysia membuktikan kebenaran dakwaan yang dibuat, tapi kenapa Clare enggan datang dan menolak cadangan itu.

“Dia sudah pasti bimbang akan ditahan sekiranya gagal mengemukakan bukti dan asas kukuh menuduh Najib dengan tuduhan jahat seperti itu,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rnoF3W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article PMSP Dedahkan Sarawak Report Edit Gambar Palsu

Itulah artikel PMSP Dedahkan Sarawak Report Edit Gambar Palsu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PMSP Dedahkan Sarawak Report Edit Gambar Palsu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/pmsp-dedahkan-sarawak-report-edit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PMSP Dedahkan Sarawak Report Edit Gambar Palsu"

Catat Ulasan

Loading...