Loading...

POLIS JUMPA PETUNJUK KES PENCULIKAN PADERI KOH

Loading...
POLIS JUMPA PETUNJUK KES PENCULIKAN PADERI KOH - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk POLIS JUMPA PETUNJUK KES PENCULIKAN PADERI KOH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : POLIS JUMPA PETUNJUK KES PENCULIKAN PADERI KOH
link : POLIS JUMPA PETUNJUK KES PENCULIKAN PADERI KOH

Baca juga


POLIS JUMPA PETUNJUK KES PENCULIKAN PADERI KOH

Satu operasi polis ke atas kumpulan penyeludupan berjaya menemui petunjuk yang tidak dijangkakan berhubung penculikan paderi Raymond Koh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Polis Khalid Abu Bakar berkata operasi itu yang menyaksikan kejadian tembak-menembak di Kampung Weng Dalam, Kedah pada 17 Jun, di mana suspek utama ditembak mati.

Polis juga berjaya menahan tiga anggota kumpulan itu yang disyaki, dan juga janda suspek utama.

Antara barangan yang dijumpai di rumah suspek itu, termasuk gambar yang dipercayai sebagai rumah paderi berkenaan, gambar yang dipercayai sebagai dua kenderaannya, dan plat lesen pendaftaraan kenderaan yang tertera nombor ST 5515 D.

“Jadi kita percayai bahawa kumpulan ada kaitan dengan kejadian penculikan Pastor Koh.

“Seterusnya ketiga-tiga orang ini yang kita tangkap tadi dan isteri suspek yang kita tembak mati itu telah dibawa balik ke Kuala Lumpur, dan siasatan sedang dijalankan sekarang,” katanya

Beliau berkata demikian kepada wartawan semasa sidang akhbar selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini.

Koh diculik pada 13 Februari lalu ketika dilaporkan sedang memandu sebuah Honda Accord perak dengan nombor plat pendaftaran ST 5515 D di Kelana Jaya.

Rakaman CCTV menunjukkan kereta paderi itu dipaksa berhenti sebelum tiga lelaki dari sebuah kenderaan SUV hitam memaksanya mengikut mereka.

Ditanya sama ada paderi itu masih hidup, ini jawapan Khalid.

“Kita tak tahu lah. Tunggu lah. Kita akan jalankan soal-siasat terhadap tangkapan-tangkapan ini, dan nanti kita akan berikan update kemudian.”

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t9lbXD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article POLIS JUMPA PETUNJUK KES PENCULIKAN PADERI KOH

Itulah artikel POLIS JUMPA PETUNJUK KES PENCULIKAN PADERI KOH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel POLIS JUMPA PETUNJUK KES PENCULIKAN PADERI KOH dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/polis-jumpa-petunjuk-kes-penculikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "POLIS JUMPA PETUNJUK KES PENCULIKAN PADERI KOH"

Catat Ulasan

Loading...