Loading...

Polis Kemungkinan Tahan Individu Kes Pelajar UPNM

Loading...
Polis Kemungkinan Tahan Individu Kes Pelajar UPNM - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis Kemungkinan Tahan Individu Kes Pelajar UPNM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis Kemungkinan Tahan Individu Kes Pelajar UPNM
link : Polis Kemungkinan Tahan Individu Kes Pelajar UPNM

Baca juga


Polis Kemungkinan Tahan Individu Kes Pelajar UPNM

SHAH ALAM – Polis mungkin menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) , Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai didera, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata bagaimanapun perkara itu bergantung kepada perkembangan siasatan kes berkenaan.

“Sehingga hari ini tiada tangkapan terbaru, tangkapan masih kekal 36 orang membabitkan 32 penuntut dari UPNM dan bakinya penuntut Uniten (Universiti Tenaga Nasional).

“…dan buat masa ini proses siasatan masih lagi berjalan, sekiranya perlu untuk tahan individu lain yang kami percaya mempunyai kaitan (dengan kes ini) kami akan tahan namun ia bergantung pada perkembangan siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pemakaian Pangkat Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga dalam proses merakamkan keterangan beberapa saksi kes tersebut termasuk doktor yang merawat mangsa bagi melengkapkan siasatan.

Mengulas mengenai dakwaan Zulfarhan Osman didera kerana mencuri komputer riba milik penuntut lain, Abdul Samah berkata setakat ini, polis belum menerima laporan berhubung kecurian komputer riba itu daripada pemiliknya.

“Tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh penuntut ataupun pemilik berhubung kehilangan komputer riba itu…sekiranya ada sila lapor kepada kami (polis).

“Begitu juga dakwaan terdapat kes buli dan dera membabitkan penuntut UPNM sebelum ini, apa yang saya boleh sahkan ini kes pertama yang dilaporkan kepada kami,” katanya.

Zulfarhan Osman, 21, Pegawai Kadet Laut UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang, kira-kira 10 malam, Khamis lalu dengan kesan lebam dan melecur pada badan.

Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan susulan kejadian itu, polis mereman 36 penuntut UPNM dan Uniten berusia 20 hingga 21 tahun selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCJFVn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Polis Kemungkinan Tahan Individu Kes Pelajar UPNM

Itulah artikel Polis Kemungkinan Tahan Individu Kes Pelajar UPNM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis Kemungkinan Tahan Individu Kes Pelajar UPNM dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/polis-kemungkinan-tahan-individu-kes.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Kemungkinan Tahan Individu Kes Pelajar UPNM"

Catat Ulasan

Loading...