Loading...

Polis Keningau Berkas 19 Individu Terlibat Judi Haram

Loading...
Polis Keningau Berkas 19 Individu Terlibat Judi Haram - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis Keningau Berkas 19 Individu Terlibat Judi Haram, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis Keningau Berkas 19 Individu Terlibat Judi Haram
link : Polis Keningau Berkas 19 Individu Terlibat Judi Haram

Baca juga


Polis Keningau Berkas 19 Individu Terlibat Judi Haram

KENINGAU – Polis Keningau berjaya memberkas 19 individu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti judi haram termasuk judi dalam talian, nombor ekor dan sabung ayam dalam beberapa serbuan dalam tempoh 48 jam lepas di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Ahmad Jawila berkata, polis memberkas 12 lelaki tempatan dan warga asing berumur antara 19 dan 48 tahun ketika menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Durok ketika asyik menjalankam perjudian haram dalam talian.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Ahmad berkata, dalam serbuan berkenaan, 11 unit komputer riba pelbagai jenama dan wang tunai sebanyak RM802 yang dipercayai digunakan untuk kegiatan haram itu dirampas.

Menurutnya, kesemua suspek direman selama empat hari mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 bagi setiap mesin yang dirampas dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

Dalam kes kedua, di sebuah kafe mini, polis lima wanita diberkas kerana disyaki menjalankan aktiviti nombor ekor secara haram dengan berselindung di sebalik perniagaan makanan dan minuman.

Dalam serbuan itu katanya, lima buah telefon bimbit jenama Nokia yang dipercayai digunakan untuk kegiatan haram itu dan wang tunai berjumlah RM3,778 turut dirampas daripada kelima-lima suspek untuk membantu siasatan.

Kelima-lima wanita berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM200,000 dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Menurut Ahmad, dua lelaki tempatan berumur 43 tahun dan 48 tahun pula diberkas ketika polis menyerbu sebuah gelanggang sabung ayam di kawasan kebun berhampiran Kilang Veracity, Jalan Patikang, dekat sini.

Katanya, tiga ekor ayam hidup berjaya dirampas namun kira-kira 25 lagi individu yang berada di kawasan gelanggang sabung ayam berkenaan,termasuk penganjur judi sabung ayam itu, berjaya melarikan diri ketika serbuan.

Dua suspek sabung ayam berkenaan disiasat di bawah Seksyen 21, Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau hukuman penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut meminta kerjasama orang awam supaya menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu polis membanteras kegiatan judi di daerah tersebut. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qMSV7o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Polis Keningau Berkas 19 Individu Terlibat Judi Haram

Itulah artikel Polis Keningau Berkas 19 Individu Terlibat Judi Haram Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis Keningau Berkas 19 Individu Terlibat Judi Haram dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/polis-keningau-berkas-19-individu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Keningau Berkas 19 Individu Terlibat Judi Haram"

Catat Ulasan

Loading...