Loading...

Polis P.Pinang Rampas Mesin Judi Bernilai Jutaan Ringgit

Loading...
Polis P.Pinang Rampas Mesin Judi Bernilai Jutaan Ringgit - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis P.Pinang Rampas Mesin Judi Bernilai Jutaan Ringgit, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis P.Pinang Rampas Mesin Judi Bernilai Jutaan Ringgit
link : Polis P.Pinang Rampas Mesin Judi Bernilai Jutaan Ringgit

Baca juga


Polis P.Pinang Rampas Mesin Judi Bernilai Jutaan Ringgit

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang merampas sebanyak 1,234 mesin simulator dan komputer riba bernilai jutaan ringgit yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian di negeri ini sejak Januari lepas hingga semalam.

Ketua Polis negeri Datuk Chuah Ghee Lye berkata dalam tempoh itu sebanyak 173 serbuan dilakukan dengan 247 ditahan dan jumlah itu meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 703 mesin dirampas dengan 140 serbuan dan 234 tangkapan.

“Peningkatan itu disebabkan oleh aktiviti pemantauan dan serbuan berterusan yang dilakukan oleh polis dalam usaha memastikan tiada aktiviti perjudian di Pulau Pinang.

Ini bermakna usaha polis dalam memerangi kegiatan perjudian ini berganda dan memberikan impak positif dan tindakan penguatkuasaan yang lebih agresif,” katanya di sini hari ini.

Katanya selain daripada tindakan menurut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 ke atas mereka yang ditahan, polis turut menggunakan undang-undang pencegahan iaitu Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) dan seramai lapan orang telah dikenakan tindakan di bawah Poca.

Sementara itu, Chuah berkata pihaknya akan terus memerangi aktiviti mesin judi haram terutama yang berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga dalam usaha membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa.

Katanya polis menjalankan operasi membanteras kegiatan judi termasuk mesin judi haram dan perjudian berkomputer setiap hari dan bukan hanya pada hujung minggu.

“Saya telah beri arahan untuk banteras kegiatan judi haram dan kami akan peranginya habis-habisan. Kami juga ada pasukan khas untuk membuat serbuan,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti perjudian di negeri ini supaya menyalurkan kepada polis bagi memastikan kegiatan itu dapat dibanteras.

“Setiap pihak bertanggungjawab termasuk pihak berkuasa tempatan perlu memainkan peranan masing-masing, mereka yang mengeluarkan lesen dan beri kelulusan pun kena terlibat bagi banteras kegiatan itu,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIk1y0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Polis P.Pinang Rampas Mesin Judi Bernilai Jutaan Ringgit

Itulah artikel Polis P.Pinang Rampas Mesin Judi Bernilai Jutaan Ringgit Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis P.Pinang Rampas Mesin Judi Bernilai Jutaan Ringgit dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/polis-ppinang-rampas-mesin-judi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis P.Pinang Rampas Mesin Judi Bernilai Jutaan Ringgit"

Catat Ulasan

Loading...