Loading...

Polis Tahan 3 Lelaki Pukul Pemandu Uber

Loading...
Polis Tahan 3 Lelaki Pukul Pemandu Uber - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis Tahan 3 Lelaki Pukul Pemandu Uber, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis Tahan 3 Lelaki Pukul Pemandu Uber
link : Polis Tahan 3 Lelaki Pukul Pemandu Uber

Baca juga


Polis Tahan 3 Lelaki Pukul Pemandu Uber

GEORGE TOWN – Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pemandu Uber cedera dipukul sekumpulan lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam di Paya Terubong, di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata tiga lelaki berusia 29 hingga 40 tahun termasuk suami kepada wanita Vietnam itu ditahan secara berasingan sekitar Paya Terubong dan Air Itam, semalam.

“Selain itu pemandu Uber berusia 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan, mereka semua direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Katanya pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian itu iaitu masing-masing daripada wanita Vietnam yang mendakwa dicabul sementara pemandu Uber yang dipukul menafikan dia mencabul pelanggannya.

Anuar berkata susulan penahan mereka, polis turut merampas beberapa buah telefon bimbit daripada pemandu Uber dan suami kepada wanita Vietnam itu untuk siasatan.

“Pemandu Uber itu disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul manakala tiga lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Zainol Samah ketika dihubungi Bernama berkata polis turut menahan wanita Vietnam berusia 43 tahun itu hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan dan merampas telefon bimbitnya yang didakwa merakam kejadian cabul tersebut.

Katanya polis juga telah mengenal pasti identiti beberapa lagi lelaki yang terlibat dalam kejadian memukul pemandu Uber itu dan minta mereka menyerah diri untuk membantu siasatan.

“Saya juga minta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan ia bukanlah pergaduhan membabitkan kaum sebaliknya polis telah kenal pasti punca insiden tersebut. Biar polis jalankan siasatan,” katanya.

Zainol berkata pihaknya juga telah merekodkan keterangan daripada beberapa pihak dan saksi kejadian itu dan percaya kes berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Seorang pemandu Uber cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri akibat dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa cuba mencabul seorang penumpang wanita warga Vietnam. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOr9cF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Polis Tahan 3 Lelaki Pukul Pemandu Uber

Itulah artikel Polis Tahan 3 Lelaki Pukul Pemandu Uber Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis Tahan 3 Lelaki Pukul Pemandu Uber dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/polis-tahan-3-lelaki-pukul-pemandu-uber.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Tahan 3 Lelaki Pukul Pemandu Uber"

Catat Ulasan

Loading...