Loading...

Polis Tumpaskan Sindiket Curi Diesel Di Sekitar JB

Loading...
Polis Tumpaskan Sindiket Curi Diesel Di Sekitar JB - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis Tumpaskan Sindiket Curi Diesel Di Sekitar JB, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis Tumpaskan Sindiket Curi Diesel Di Sekitar JB
link : Polis Tumpaskan Sindiket Curi Diesel Di Sekitar JB

Baca juga


Polis Tumpaskan Sindiket Curi Diesel Di Sekitar JB

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata penahanan dilakukan selepas polis bertindak atas maklumat berkaitan jenayah berkenaan.

“Penahanan pertama dilakukan pada 11.30 malam, Isnin lepas terhadap seorang lelaki berumur 36 tahun yang berada di dalam sebuah kereta Proton Perdana di hadapan sebuah rumah di Taman Dewan Jaya, di sini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Taib berkata pemeriksaan mendapati nombor plat Proton Perdana tersebut adalah palsu dan sebenarnya adalah nombor plat sebuah kereta Peugeot 308.

Beliau berkata polis menahan lelaki terbabit bersama Proton Perdana berkenaan dan siasatan lanjut mendedahkan lelaki itu terlibat dalam beberapa kecurian diesel daripada tangki lori yang diletakkan pemiliknya di sekitar bandar raya ini.

Katanya, susulan penahanan berkenaan, polis kemudian berjaya menahan dua lagi lelaki di belakang sebuah bengkel kereta di Larkin, keesokan harinya, yang dipercayai turut terlibat dengan kegiatan sama.

“Polis menemui empat paket syabu di dalam seluar kedua-dua lelaki berumur 30 dan 34 tahun itu dan peralatan menyedut diesel berserta tangki simpanan minyak yang diletakkan di dalam sebuah kereta Proton Wira yang diubahsuai,” katanya.

Menurut Mohd Taib, polis turut menemui sebuah kereta Perodua Kembara dengan nombor plat kenderaan itu merupakan nombor palsu dan kereta itu dipercayai kereta yang pernah dilaporkan hilang di Kempas, di sini,sebelum ini.

Polis percaya ketiga-tiga lelaki terbabit aktif mencuri diesel sejak tahun lepas dan kemudian menjualnya pada harga RM450 bagi setiap 400 liter diesel kepada seorang lelaki yang masih bebas, katanya.

Beliau berkata kesemua mereka kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

– BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2stni72

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Polis Tumpaskan Sindiket Curi Diesel Di Sekitar JB

Itulah artikel Polis Tumpaskan Sindiket Curi Diesel Di Sekitar JB Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis Tumpaskan Sindiket Curi Diesel Di Sekitar JB dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/polis-tumpaskan-sindiket-curi-diesel-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Tumpaskan Sindiket Curi Diesel Di Sekitar JB"

Catat Ulasan

Loading...