Loading...
Tajuk : PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan
link : PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan
PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan
MALAYSIAN DIGESTKUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menyerahkan memorandum bagi mendesak Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Wan Mohd Shahir Wan Abd Jalil berkata, desakan itu ekoran prestasi Isa yang dilihat gagal menguruskan syarikat perladangan tersebut dengan baik.
"Kerugian FGV sebanyak lebih kurang RM13.4 bilion sejak 2012 sudah cukup untuk Tan Sri mengundurkan diri kerana gagal menguruskan FGV dan Felda dengan baik," katanya.
Selain PPBM, memorandum itu turut digerakkan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Pertubuhan Peneroka Rakyat Malaysia (PENEROKA).
Ia diserahkan kepada Pengurus Besar Komunikasi Korporat FGV Arif Ahmad Yeop.
sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Dr Puad Zarkashi turut membuat gesaan serupa, namun Isa menyifatkannya sebagai 'tiada keperluan' kerana dirinya tidak bersalah.
Kemelut tercetus selepas FGV mengarahkan empat pengurusan kanannya bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan berhubung dakwaan salah laku urus niaga syarikat.
Ia berkaitan tunggakan bayaran syarikat Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Product Sdn Bhd.
Empat mereka adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Zakaria Arshad; Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Abd Karim.
Susulan itu, kerajaan melantik Datuk Seri Idris Jala selaku orang tengah yang akan berperanan sebagai pihak bebas bagi menyusun serta menyediakan fakta mengenai arahan bercuti terhadap empat pengurusan kanan itu, dan seterusnya memberi cadangan kepada FGV berhubung perkara tersebut.- Antarapos
Thus Article PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan
Itulah artikel PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ppbm-hantar-memorandum-desak-isa-letak.html
0 Response to "PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan"
Catat Ulasan