Loading...

Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai

Loading...
Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai
link : Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai

Baca juga


Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai


PRETORIA: Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, menafikan laporan media tempatan kononnya beliau memiliki sebuah ‘istana’ di Emiriah Arab Bersatu yang dibeli sebuah keluarga berpengaruh di negara teluk kaya-raya itu.

Tuduhan rasuah berkenaan susulan terbongkarnya ribuan dokumen dan e-mel pada minggu lalu, sehari selepas beliau terselamat daripada undi tidak percaya pemimpin tertinggi partinya sendiri.

Ia sekali gus memberikan lebih tekanan terhadap skandal yang membelenggu Zuma. Akhbar Sunday Times Afrika Selatan, melaporkan beberapa sumber mendedahkan keluarga Gupta dikatakan membeli sebuah kediaman mewah.

Hartanah itu berharga 330 juta rand (AS$25 juta) dan terletak di pinggir bandar Dubai untuk kegunaan selepas persaraan.

Namun, akhbar berkenaan tidak menyatakan nama sumber namun difahamkan sumber adalah dalam kalangan mereka yang rapat dengan Zuma termasuk ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kanan Kongres Kebangsaan Afrika.

Keluarga Gupta yang mempunyai kontrak perniagaan dengan syarikat milik Afrika Selatan, menerusi jurucakapnya turut menyangkal semua dakwaan dilemparkan terhadap keluarga ahli perniagaan kaya-raya kelahiran India itu.

“Presiden Zuma tidak memiliki apa-apa harta di luar Afrika Selatan dan beliau juga tidak meminta sesiapa pun untuk membelikan harta di luar negara untuk beliau,” menurut kenyataan pejabat Presiden.

Malah ia menyifatkan laporan Zuma konon memiliki ‘istana’ di Dubai adalah rekaan semata-mata. Jelas kenyatan itu lagi, presiden juga tidak menerima atau melihat sebarang e-mel sebagaimana yang dilaporkan. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qOW4nP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai

Itulah artikel Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/presiden-afrika-selatan-nafi-miliki_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai"

Catat Ulasan

Loading...