Tajuk : Projek Peluasan Pelaburan Kuantan Terima Tempahan Dermaga
link : Projek Peluasan Pelaburan Kuantan Terima Tempahan Dermaga
Projek Peluasan Pelaburan Kuantan Terima Tempahan Dermaga
KUANTAN – Projek peluasan Pelabuhan Kuantan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM4 bilion menunjukkan perkembangan positif apabila menerima tempahan meskipun fasa pertama projek itu dijadual siap pada pertengahan tahun depan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Alliance Steel (M) Sdn Bhd dari China, yang merupakan pelabur terbesar dalam projek Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di sini, telah menempah untuk menggunakan dermaga pertama pelabuhan itu.
“Alliance Steel memerlukan pelabuhan laut dalam untuk urusan masuk dan keluar produk mereka. Ini penting untuk memastikan bahawa pelabuhan ini tidak akan menjadi projek gajah putih sebaliknya akan membawa banyak pembangunan ekonomi ke negara kita,” katanya.
Liow berkata demikian pada sidang media selepas mendengar Taklimat Perkembangan Projek Peluasan Pelabuhan Kuantan di sini, hari ini. Antara yang hadir ialah Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan Datuk Khairul Anuar Abdul Rahman.
Liow berkata syarikat swasta yang terlibat dalam projek itu, IJM Corporation Berhad dan Guangxi Beibu International Port Group (GBIPG) juga komited menarik syarikat luar khususnya dari China untuk menempah dermaga di pelabuhan berkenaan.
Projek peluasan pelabuan itu yang antara lain melibatkan kedalaman 18 meter dan benteng pemecah ombak sepanjang 4.6 kilometer, merupakan usahasama kerajaan Persekutuan yang melabur lebih RM1 bilion manakala IJM dan GBIPG melabur RM3 bilion dalam projek itu.
Liow menambah perbincangan juga dilakukan dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk mencari jalan bagi mewujudkan jaringan pengangkutan antara Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang di Selangor, ekoran pelaksanaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Dalam perkembangan lain, Liow juga menggesa pelabur tempatan untuk merebut peluang melabur di MCKIP memandangkan setakat ini, ECER telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM19 bilion daripada syarikat-syarikat China.
“Insentif besar menanti pelabur di MCKIP seperti pengecualian cukai selama 15 tahun yang merupakan satu tempoh cukup lama memandangkan tempoh yang ada sekarang ialah 10 tahun.
“Selain itu, pembangunan MCKIP juga dilengkapi dengan infrastruktur yang sangat baik iaitu Pelabuhan Kuantan, kemudahan jalan raya yang lengkap dan akan berhampiran dengan ECRL, apabila projek landasan kereta api itu siap,” katanya.
Liow menambah ECER, IJM dan GBIPG juga dalam perancangan untuk mewujudkan satu bandar pelabuhan di Kuantan, yang disifatkan beliau satu lagi peluang besar kepada pihak yang melabur di MCKIP. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sH0W2C
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Projek Peluasan Pelaburan Kuantan Terima Tempahan Dermaga
Anda sedang baca artikel Projek Peluasan Pelaburan Kuantan Terima Tempahan Dermaga dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/projek-peluasan-pelaburan-kuantan.html
0 Response to "Projek Peluasan Pelaburan Kuantan Terima Tempahan Dermaga"
Catat Ulasan