Tajuk : Puasa Tak Halang Nadia Brian Ligat di Set
link : Puasa Tak Halang Nadia Brian Ligat di Set
Puasa Tak Halang Nadia Brian Ligat di Set
Kebanyakan artis mengunakan kesempatan sepanjang bulan Ramadan untuk berehat dan mengurangkan aktiviti seni, namun tidak bagi pelakon yang namanya semakin meningkat naik ini, Nadia Brian, 26.
Menurut Nadia, meskipun menjalani ibadah puasa, dia tetap sibuk di lokasi penggambaran filem sulungnya bertajuk Mak. Filem tersebut turut dibarisi pelakon hebat seperti Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Erry Putra dan Dian P. Ramlee.
“Tahun lepas saya tidak menjalani apa-apa penggambaran. Jadi tahun ini saya sibuk di set penggambaran filem sulung saya bertajuk Mak. Ini juga kali ketiga saya bergandingan dengan Remy dan kali ini dia melakonkan watak sebagai suami saya.
“Walaupun berpuasa tapi saya tiada masalah untuk shooting. Malah saya sangat teruja keran ini filem pertama saya dan dan mahu mengunakan peluang ini sebaiknya untuk membuktikan bakat saya,” katanya.
Tambah gadis kacukan Melayu-Australia ini, walaupun masih baru dalam bidang lakonan namum dia sedia belajar dan berusaha dalam mempertingkatkan mutu lakonannya dari masa ke semasa.
“Saya memang minat bidang lakonan dan sejak daripada mula saya di tawarkan belakon, saya sentiasa akan pastikan yang saya akan beri 100 peratus komitmen
“Saya sedar saya masih baru lagi dalam bidang ini tetapi saya suka belajar daripada senior-senior. Saya harap peminat boleh terima saya seadanya dan kalau kelak nanti ada yang saya buat salah, sila lah tegur,” katanya yang sebelum ini muncul menerusi drama seperti Akulah Balqis, Rumi & Jawi, dan Cik Serba Tahu.
Selain itu, selepas Aidilfitri nanti dia akan sibuk di set penggambaran filem seram, Blok 404 dan penggambaran drama 50 episod terbitan Global Station untuk siaran RTM.
Rendang Itik
Disebabkan terikat dengan komitmen kerja, Nadia berkata tahun ini mungkin dia tidak pulang beraya di kampung. Sebaliknya dia dan keluarganya akan meraikan Aidilfitri di ibu kota.
“Tahun ini mungkin kami sekeluarga beraya di Puchong saja. Sebab selain cuti raya saya tidak panjang, kakak saya pula baru saja melahirkan anak. Jadi saya lah yang akan menjaga anak buah saya,” katanya.
Ditanya mengenai juadah raya yang menjadi pilihannya, Nadia memberitahu, setiap tahun keluarganya pasti menyediakan hidangan rendang itik untuk dinikmati bersama ketupat pulut atau nasi impit, di pagi raya.
“Setiap tahun, wajib ada rendang itik maka dengan ketupat pulut. Itu memang juadah kegemaran saya,” tuturnya.
The post Puasa Tak Halang Nadia Brian Ligat di Set appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qEm3hI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Puasa Tak Halang Nadia Brian Ligat di Set
Anda sedang baca artikel Puasa Tak Halang Nadia Brian Ligat di Set dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/puasa-tak-halang-nadia-brian-ligat-di.html
0 Response to "Puasa Tak Halang Nadia Brian Ligat di Set"
Catat Ulasan