Tajuk : RAKYAT SUDAH MELUAT, NAJIB YANG ‘SYOK SENDIRI’
link : RAKYAT SUDAH MELUAT, NAJIB YANG ‘SYOK SENDIRI’
RAKYAT SUDAH MELUAT, NAJIB YANG ‘SYOK SENDIRI’
Saya ambil maklum nasihat yang disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu mentadbir negara dan bukannya pemimpin ‘syok sendiri’.
Najib Razak mesti terima hakikat sebenar daripada sekarang dan keluar dari alam khalayannya untuk menghadapi realiti. Kini bukan sahaja anak muda tidak menyokong Umno BN tetapi ramai veteran Umno juga sudah tidak percaya lagi kepada Umno.
Semua sedia maklum bahawa kerajaan Umno BN tabur jasa kepada rakyat sedikit sedangkan kaut duit rakyat dengan ketirisan, rasuah, penyelewengan yang terlebih dilakukan.
Bukan itu sahaja, rakyat kini terpaksa berhadapan dengan realiti kehidupan yang sukar dengan kos sara hidup yang tinggi, GST, pelbagai jenis subsidi rakyat dihapuskan dan peningkatan harga barangan.
Teramat penting bagi kerajaan Najib Razak untuk tidak ‘syok sendiri’ dan kembali kepada realiti kesusahan yang terpaksa dilalui oleh rakyat pada hari ini.
Baru-baru ini, kaji selidik yang dijalankan oleh Invoke Malaysia menunjukkan hanya 3 daripada 10 rakyat Malaysia menamakan Najib Razak sebagai Perdana Menteri pilihan mereka selepas PRU14.
Ini secara jelas menunjukkan Najib Razak tidak popular di kalangan rakyat Malaysia lagi untuk terus menerajui negara.
Kerajaan Umno BN juga dilihat tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti setelah ramai pemimpinnya yang terpalit dengan rasuh dan salahguna kuasa.
Rakyat kini sukar untuk menikmati manfaat kerana segala amanah yang dipertanggungjawabkan tidak dilaksanakan dengan sebaiknya.
Onn Abu Bakar
Penyelaras Parlimen Sembrong
Ahli Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan
Parti KEADILAN Rakyat
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sUCw5O
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article RAKYAT SUDAH MELUAT, NAJIB YANG ‘SYOK SENDIRI’
Anda sedang baca artikel RAKYAT SUDAH MELUAT, NAJIB YANG ‘SYOK SENDIRI’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/rakyat-sudah-meluat-najib-yang-syok.html
0 Response to "RAKYAT SUDAH MELUAT, NAJIB YANG ‘SYOK SENDIRI’"
Catat Ulasan