Loading...

Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar

Loading...
Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar
link : Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar

Baca juga


Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar





 
Oleh DATUK ISKANDAR A. SAMAD

SAYA mencadangkan Perdana Menteri menggantikan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sekarang dengan seseorang yang lebih profesional.

Menteri sekarang, Tan Sri Noh Omar lebih suka bermain politik dan mengambil sikap berkonfrontasi dengan kerajaan negeri. Ini adalah satu sikap yang akan merugikan rakyat.

Saya melihat Timbalan Menteri sekarang, Datuk Halimah Mohamed Sadique lebih berwibawa dan terbuka. Lagipun beliau telah menjadi Timbalan Menteri sejak 2013 maka lebih berpengalaman dari Tan Sri Noh. Maka adalah wajar beliau menggantikan Tan Sri Noh.

Tetapi jika perlu melantik pemimpin dari Selangor, terdapat juga pemimpin BN yang layak mengganti Tan Sri Noh. Datuk Seri Dr Irmohizan Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor adalah salah seorang calon pengganti Tan Sri Noh.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan di dalam isu-isu perumahan demi kebajikan rakyat.

Kami tidak bercakap kosong kerana telah memberikan keistimewaan kepada projek Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Perkhidmatan Awam 1 Malaysia (PPA1M) sama seperti projek Rumah Selangorku. Tetapi Menteri yang terlibat lebih suka mengambil sikap untuk berkonfrontasi dengan kerajaan negeri.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri tidak boleh disalahkan jika mengambil tindakan balas.

Perlu diingatkan kerajaan negeri tidak menghalang pelaksanaan projek-projek PR1MA dan PPA1M di Selangor. Mereka hanya perlu patuh kepada peraturan yang sama seperti pemaju swasta yang lain.

DATUK ISKANDAR A. SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor



Thus Article Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar

Itulah artikel Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ramai-lebih-layak-daripada-tan-sri-noh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar"

Catat Ulasan

Loading...