Loading...

Rancang filem komedi Islamik

Loading...
Rancang filem komedi Islamik - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rancang filem komedi Islamik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rancang filem komedi Islamik
link : Rancang filem komedi Islamik

Baca juga


Rancang filem komedi Islamik

Memulakan langkah sebagai anak seni menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) sehingga menempa gelaran juara, kini Mawi tidak hanya fokus kepada kerjaya nyanyian dan lakonan tetapi turut aktif di belakang tabir.

“Saya jatuh cinta dengan kerja belakang tabir iaitu bergelar penerbit, pengarah dan penulis skrip.

“Sebelum ini, saya pernah mengarahkan lima drama dan menghasilkan beberapa skrip.

“Antara yang ditayangkan adalah Oh My Pondok di saluran Astro Oasis pada setiap Selasa, jam 9.30 malam,” katanya.

Mula mengarah pada 2009, Mawi memaklumkan ada insiden pahit yang kekal terpahat di ingatannya sehingga hari ini.

“Karya pertama saya adalah telefilem Pak Nil, Mak Kirim Salam. Semuanya berjalan lancar sehinggalah berlaku insiden hilang 15 babak daripada simpanan.

“Itu adalah karya pertama dan apabila ia berlaku, rasa trauma untuk terus berkarya. Namun, saya tak patah semangat sebaliknya membetulkan keadaan dan masih berkarya sehingga sekarang,” katanya.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani juga kini dalam perancangan menerbitkan filem pertamanya.

“Filem yang bakal saya hasilkan nanti bergenre komedi Islamik. Saya serius untuk merealisasikan filem ini dan kini rancak melakukan penyelidikan.

“Berbanding drama, pembikinan filem lebih berisiko tinggi. Daripada apa yang saya lihat dan semak, kutipan terendah filem tahun lalu adalah RM19,000,” katanya.

Mengulas lanjut genre pilihannya itu, Mawi yakin ia dapat diterima ramai.

“Banyak filem yang dihasilkan tidak kena dengan kehendak penonton walaupun ia berkualiti.

“Saya berasakan genre komedi Islamik mampu menarik perhatian orang ramai memandangkan ia sentiasa diterima baik,” katanya.

Perkembangan lain, Mawi baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Munafik 2.

Menerusi filem garapan Syamsul Yusof itu, Mawi memegang peranan sebagai Azhar, rakan kepada Ustaz Adam.

“Penggambaran berlangsung selama 64 hari di sekitar Pahang, Perak dan Selangor,” katanya yang berduet dengan Oja & Tunable Band menerusi dua lagu raya berjudul Marhaban Ya Ramadan dan Calit.

The post Rancang filem komedi Islamik appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgs1ad

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Rancang filem komedi Islamik

Itulah artikel Rancang filem komedi Islamik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rancang filem komedi Islamik dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/rancang-filem-komedi-islamik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rancang filem komedi Islamik"

Catat Ulasan

Loading...