Loading...

Rasa Betul Dah Ke Cara Cuci Muka Tu? Baca Dulu Tip Ni.Kata Nak Muka Flawless

Loading...
Rasa Betul Dah Ke Cara Cuci Muka Tu? Baca Dulu Tip Ni.Kata Nak Muka Flawless - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rasa Betul Dah Ke Cara Cuci Muka Tu? Baca Dulu Tip Ni.Kata Nak Muka Flawless, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rasa Betul Dah Ke Cara Cuci Muka Tu? Baca Dulu Tip Ni.Kata Nak Muka Flawless
link : Rasa Betul Dah Ke Cara Cuci Muka Tu? Baca Dulu Tip Ni.Kata Nak Muka Flawless

Baca juga


Rasa Betul Dah Ke Cara Cuci Muka Tu? Baca Dulu Tip Ni.Kata Nak Muka Flawless

Selama ni, kita rasa cuci muka dengan pembersih wajah je dah cukup.Tapi sebenarnya kena ambil tau juga tip-tip cara jaga muka yang betul. Barulah muka tu licin & flawless bak telur yang dikupas.. gitu.

Memiliki kulit wajah yang halus, mulus, cerah dan berseri memanglah idaman bagi setiap wanita. Jaga kulit wajah dengan betul dan sempurna penting, sebab bila kulit muka bersih dan cantik, ia bagi menambahkan lagi keyakinan diri.Betul tak? Jangan bila dah kahwin, dah jadi mak-mak, jaga muka pun ala kadar je..No no no.

Kita wanita, harus sentiasa cantik dan jaga penampilan diri.Seimbang baik cantik luaran dan cantik dalaman.

Nah, baca tip ni.

1. Pencuci Muka Yang Sesuai

Pertama sekali, sebelum mencuci muka, haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.

2. Skrub Muka Dua Kali Seminggu

Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel-sel mati tetap kekal. Jadi, penting bagi kita untuk menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati kulit muka. Untuk muka dengan iritasi, pilihlah skrub muka yang kurang kasar untuk mengelakkan luka pada kulit muka yang lebih teruk.

3. Cuci Dengan Air Suam

Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat membunuh segala kotoran yang ada di muka. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem; terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan menyebabkan saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.

4. Tanggalkan Mekap Sebelum Mencuci Muka

Ramai yang menganggap mencuci muka adalah cukup untuk menghilangkan mekap dan ternyata ini salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk dibuang dan kita boleh menggunakan penghilang mekap pada kapas untuk menghilangkannya. Setelah itu, barulah boleh gunakan pencuci muka.

5. Cuci Tangan Dengan Pencuci Anti-Bakteria

Muka sepatutnya menjadi bahagian badan paling jarang disentuh dengan tangan kerana terdapat bakteria yang paling banyak di tangan apabila kita banyak menyentuh barangan dalam kehidupan seharian. Maka, basuh tangan dengan pencuci anti-bakteria terlebih dahulu sebelum mencuci muka.

6. Memfokuskan Pada Zon T Muka

Zon T merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak di bahagian ini. Jadi, lebihkan perhatian pada Zon T semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan. Disarankan agar mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sekali iaitu pada waktu pagi dan malam.

7. Buat urutan di muka

Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit muka. Urut muka secara membulat daripada bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan.

8. Jangan Lap Dengan Tuala

Setelah mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.

9. Gunakan Facial Mask

Setelah mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka atau facial mask untuk memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, vitamin C dan E.

10.Kecutkan Jerawat Dengan Ais

Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekali gus mengurangkan tanda kemerahan dan mengurangkan iritasi.

Info ekstra:

Mencuci muka dengan air beras secara teratur dapat mencerahkan dan mencegah masalah kulit. Ia akan menjadikan kulit wajah lebih berseri dan kesan parut semakin pudar.
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2svUCKN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Rasa Betul Dah Ke Cara Cuci Muka Tu? Baca Dulu Tip Ni.Kata Nak Muka Flawless

Itulah artikel Rasa Betul Dah Ke Cara Cuci Muka Tu? Baca Dulu Tip Ni.Kata Nak Muka Flawless Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rasa Betul Dah Ke Cara Cuci Muka Tu? Baca Dulu Tip Ni.Kata Nak Muka Flawless dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/rasa-betul-dah-ke-cara-cuci-muka-tu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rasa Betul Dah Ke Cara Cuci Muka Tu? Baca Dulu Tip Ni.Kata Nak Muka Flawless"

Catat Ulasan

Loading...