Loading...

Raya Dulu-Dulu Yang Anda Susah & Mungkin Takkan Jumpa Dah Zaman Online Ni!

Loading...
Raya Dulu-Dulu Yang Anda Susah & Mungkin Takkan Jumpa Dah Zaman Online Ni! - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Raya Dulu-Dulu Yang Anda Susah & Mungkin Takkan Jumpa Dah Zaman Online Ni!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Raya Dulu-Dulu Yang Anda Susah & Mungkin Takkan Jumpa Dah Zaman Online Ni!
link : Raya Dulu-Dulu Yang Anda Susah & Mungkin Takkan Jumpa Dah Zaman Online Ni!

Baca juga


Raya Dulu-Dulu Yang Anda Susah & Mungkin Takkan Jumpa Dah Zaman Online Ni!

Waktu-waktu beginilah terasa nak mengimbas memori lama. Ini antara momen-momen yang warga yang membesar tahun 80-an dan 90-an yang mungkin akan diingat sampai hari ini. Barangkali anda ada yang pernah alaminya. Ada yang nak tambah ke momen raya dulu-dulu? Silakanlah share ya.

1. Kiriman Kad Raya Dengan Ucapan Pecah Kaca, Pecah Gelas

Dulu bila tiba nak raya, paling gigih nak beli kad raya kat kedai apek. Kalau nak lebih eksklusif, belilah dekat pasar raya. Tapi harganya boleh tahan. Lagi mewah kalau ada diselitkan besi kecil yang boleh keluar lagu-lagu raya dalam tu. Paling tak menahan, setiap kad raya mesti ada kata-kata ini, 'Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca, Harap Balas' Dan kita pun ternanti-nantilah balasan kad raya dari kawan-kawan kita. Memang epik giler!

2. Main Meriam Buluh Lepas Sahur Atau Sejam Sebelum Sahur

Ini satu lagi tradisi yang dah lama hilang. Di kampung-kampung pun dah jarang sangat nak dengar bunyi meriam buluh atau besi yang dinyalakan dengan karbait tu. Biasanya masa orang nak terawih itulah, si geng meriam ni pun mula nak main. Lepas tu, pagi-pagi dah bangun, sebelum sahur dah 'get ready' di markas masing-masing. Konon-kononnya nak kejutkan orang kampung bangun sahur. Walhal, kome tak tahu betapa seksanya pendengaran nak menahan bunyi yang macam perang Jepun tu. Ada pula tu yang berlawan antara kampung. Bunyi meriam siapa yang paling kuat. Nak lagi trill dan lebih ganas, geng meriam ni letak tin susu dekat depan besi meriam tu. Bila dia meletup, sekali dengan tin-tin tercampak. Bila dikenang semula, kelakar ya ampun!

3. Cerita Rumah Kedai.. Rindu Kat Arwah Tapa (Al Fatihah Buat Sudiro Sukirman, Pak Yusof Mohamad)

Drama bersiri yang ditayangkan di TV3 sekitar tahun 1980-an ke 1990-an ini cuma dapat dinikmati generasi dulu-dulu. Jam 5.30 sampai 6 petang tu memang wajib menebeng depan TV. Kalau yang budak-budak itu, memang takkan tertinggal walau satu episod. Tak sabar nak tengok gelagat Tapa dengan Pak Halim dan Mak Lijah. Ramai pelakon hebat dalam drama tu, antaranya Arwah Harun Salim Bachik, arwah Yusof Mohamad, Rosnah Mat Aris, Kartina Aziz.

4. Duit Raya 50 Sen Tanpa Sampul

orang dulu-dulu tak mainlah bagi duit raya dalam sampul. Kalau kita ziarah orang tua-tua, paling besar dia pernah beri pun 50 sen. Kalau dapat banyak tu, dah rasa 'heaven' sangat. Itu kalau tuan rumah murah hati atau anginnya baik. Kalau tidak, dia beri makan dan minum saja. Kalau ada tuan rumah yang beri RM1, memang rumah yang sama kena serbu sampai banyak kali.

5. Dapat Duit Raya Beli Pistol Mercun Karbait

Setiap kali dapat duit raya, mak-mak dulu takkan kecoh-kecoh minta atau gigih nak simpankan. Dia beri saja anaknya pegang duit raya masing-masing. Kalau dah berkumpul ramai-ramai, ada pula geng kaki bunga api.. memang tak lain tak bukan lari sekejap ke kedai apek beli pistol mercun karbait. Kadang itu beli mainan tikam-tikam. Budak-budak sekarang apa tau.. main game online jelah pandainya. Tak trill langsung!

Tapi semua ini adalah kenangan dan memori yang takkan dipadamkan dalam ingatan orang dulu-dulu. Ada yang baik, ada juga kesan yang kurang baik. Mana yang baik boleh diteruskan tradisinya. Misalnya memberikan duit raya dan bagus disertakan dalam sampul. Ia lebih sopan.


 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2spYKMb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Raya Dulu-Dulu Yang Anda Susah & Mungkin Takkan Jumpa Dah Zaman Online Ni!

Itulah artikel Raya Dulu-Dulu Yang Anda Susah & Mungkin Takkan Jumpa Dah Zaman Online Ni! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Raya Dulu-Dulu Yang Anda Susah & Mungkin Takkan Jumpa Dah Zaman Online Ni! dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/raya-dulu-dulu-yang-anda-susah-mungkin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Raya Dulu-Dulu Yang Anda Susah & Mungkin Takkan Jumpa Dah Zaman Online Ni!"

Catat Ulasan

Loading...