Loading...

Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan

Loading...
Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan
link : Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan

Baca juga


Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan


RANAU: Keterujaan dua beradik memburu haiwan di kawasan hutan Kg Taba, Nunuk Ragang di sini bertukar tragedi apabila adiknya maut dipercayai ditembak abang sendiri kerana disangka haiwan buruan awal pagi kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi pada Jumaat, mangsa, Ilylie Saim @ Imran,18, penduduk tempatan disahkan meninggal dunia dengan dua kesan tembakan pada anggota badan mangsa.

Siasatan awal pihak polis mendapati, abang mangsa berumur 19 tahun mendakwa telah terdengar anjing mereka menyalak seterusnya berlari ke arah bunyi tersebut dan ternampak seekor babi hutan lalu melepaskan tembakan. 

“Pada masa sama, abang mangsa tiba-tiba terdengar suara adiknya meminta tolong lalu bergegas ke arah suara itu dan mendapati mangsa terbaring sambil tangan kanan memegang dada sebelah kiri. 

“Dalam keadaan panik abang mangsa terus memikul mangsa dan balik ke rumah yang terletak mereka kira-kira 1 Kilometer dari tempat kejadian,” jelas Farhan. 

Kata Farhan, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Ranau oleh abang dan keluarga mangsa menggunakan kenderaan jiran namun setibanya di hospital, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Ranau. 

Menurut Farhan lagi, senjata yang digunakan ketika kejadian dipercayai senapang buatan sendiri (bakakuk) telah dirampas anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau. 

“Suspek iaitu abang mangsa turut ditahan untuk direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan/Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. – NewSabahTimes


Thus Article Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan

Itulah artikel Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/remaja-maut-tertembak-disangka-haiwan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan"

Catat Ulasan

Loading...