Loading...
Tajuk : Remaja Yang Maut Dalam Kemalangan Seperti Tahu Ajalnya Dah Sampai.
link : Remaja Yang Maut Dalam Kemalangan Seperti Tahu Ajalnya Dah Sampai.
Remaja Yang Maut Dalam Kemalangan Seperti Tahu Ajalnya Dah Sampai.
Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditungganginya melanggar treler yang sarat dengan muatan bauksit
Mangsa, Mohamad Adam Isma Hassan, 18 tahun, memuat naik entri itu beberapa hari sebelum terbunuh dalan kemalangan kira-kira jam 8.20 malam kelmarin di Kilometer 8 Jalan Kijal-Ibok berdekatan Kampung Bukit Anak Dara, Kijal.
Nahas itu berlaku ketika mangsa yang beralamat di Kampung Perdah, Jong Berlabuh, Kijal dalam perjalanan ke Bandar Chukai dari rumahnya untuk bertemu rakannya.
Bagaimanapun, ketika melalui lokasi kejadian Mohamad Adam terlanggar belakang treler sarat muatan bauksit yang rosak dan tersadai atas jalan.
Keadaan jalan di kawasan itu yang gelap dipercayai menyebabkan mangsa tidak menyedari treler berkenaan.
Ekoran rempuhan itu, mangsa tercampak sejauh kira-kira lima meter ke atas jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami cedera parah pada kepala dan badan.
Sebelum kejadian, mangsa juga baharu selesai berbuka puasa di rumah kakaknya tidak jauh dari lokasi kejadian.
Selain memuat naik status Ramadan terakhir, Mohd Adam turut memuat naik beberapa lagi entri yang berkait dengan kematian dalam akaun Facebooknya dan menimbulkan kehairanan rakan-rakannya.
Status yang turut dicoretnya berbunyi “Jodoh aku pasti datang, kalau bukan dengan kau, dengan maut. Mana datang dulu aku sambut”.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s7zQC5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Remaja Yang Maut Dalam Kemalangan Seperti Tahu Ajalnya Dah Sampai.
Itulah artikel Remaja Yang Maut Dalam Kemalangan Seperti Tahu Ajalnya Dah Sampai. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Remaja Yang Maut Dalam Kemalangan Seperti Tahu Ajalnya Dah Sampai. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/remaja-yang-maut-dalam-kemalangan.html
0 Response to "Remaja Yang Maut Dalam Kemalangan Seperti Tahu Ajalnya Dah Sampai."
Catat Ulasan