Loading...

Renungan Jumaat : 10 Persediaan Untuk Menyambut Ramadhan

Loading...
Renungan Jumaat : 10 Persediaan Untuk Menyambut Ramadhan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Renungan Jumaat : 10 Persediaan Untuk Menyambut Ramadhan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Renungan Jumaat : 10 Persediaan Untuk Menyambut Ramadhan
link : Renungan Jumaat : 10 Persediaan Untuk Menyambut Ramadhan

Baca juga


Renungan Jumaat : 10 Persediaan Untuk Menyambut Ramadhan

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...


Renungan Jumaat: 10 Persediaan Untuk Menyambut Ramadhan

Image result for berdoa
Alhamdulillah, bulan Ramadhan kini tiba lagi. Satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan.

1) Berdoalah agar Allah SWT memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah dan zikir.


Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah SWT menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah SWT;

Image result for doa melihat anak bulan
“Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.”
 .
2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah SWT atas kurniaan Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkarnya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.”
 .
Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah SWT kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.


3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah ﷺ selalu memberikan kabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah SWT telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah SWT membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).



Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

 .
4) Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
 .
5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Sesiapa Jujur kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan.


فَإِذَا عَزَمَ الْأَمْرُ فَلَوْ صَدَقُوا اللَّـهَ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ ﴿٢١

“Maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.” (Surah Muhammad 47; Ayat 21).
 .
6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah SWT.


فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Maka bertanyalah kepada “AhluzZikri” (orang-orang yang berilmu), jika kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Anbiyaa’21 ; Ayat 7).
 .
7) Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat.


وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur 24 ; Ayat 31).
 .
8) Mempersiapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang membantu proses tadzkiyatun-nafs. Hadirilah majlis ilmu yang membincangkan tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan di sepanjang bulan Ramadhan.
 .
9) Persiapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan membuat catatan ringkas merangkumi puasa dan tarawih untuk edaran umum serta memberikan buku kecil atau lembaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.


10) Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih kepada Allah SWT, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah SAW, dengan meneruskan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada keluarga, ibu bapa, isteri, anak dan saudara mara dengan mempereratkan hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Kerana manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.



Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;



1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi SAW buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium seperti makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.



2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.



3. Jangan lewatkan solat maghrib.

- Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan. Allahuakbar......


4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.



5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tetapi badan tidak basah.



5. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yang diblender.



6. Solat Isyak berjemaah. Lepas tu sembahyang terawih solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yang gopoh gapah.



7. Pastikan yang ringan ketika mengambil moreh. Makan lepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dengan aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yang kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.



8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 mlm untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda



9. Selepas itu bangun pukul 3 pagi untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dengan renjis air sejuk dengan hujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.



10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,



11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hingga 5 pg. Masa ini Allah SWT anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.



12. Sahur. Sebaik2 sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak untuk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam



11. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.



12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.



13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.



Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jangan kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis ajwa, mabrom, sapawi, mariami



Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lebih dari 8 jam

.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
shafiqolbu.wordpress.com




Thus Article Renungan Jumaat : 10 Persediaan Untuk Menyambut Ramadhan

Itulah artikel Renungan Jumaat : 10 Persediaan Untuk Menyambut Ramadhan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Renungan Jumaat : 10 Persediaan Untuk Menyambut Ramadhan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/renungan-jumaat-10-persediaan-untuk_1.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Renungan Jumaat : 10 Persediaan Untuk Menyambut Ramadhan"

Catat Ulasan

Loading...