Tajuk : Respon Kementerian Kesihatan Berhubung Isu Jenazah Mualaf Dibakar
link : Respon Kementerian Kesihatan Berhubung Isu Jenazah Mualaf Dibakar
Respon Kementerian Kesihatan Berhubung Isu Jenazah Mualaf Dibakar
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan juga sedang dijalankan oleh pihak hospital dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) untuk mengenalpasti punca yang menyebabkan berlaku kesilapan.
Akhbar Harian Metro melaporkan bahawa terdapat kekeliruan berlaku apabila jenazah Hassan Abdullah atau Lin Ah San @ Lim Ah San tersalah serah kerana nama itu dikatakan hampir menyamai dengan nama, Chu Kim San, yang juga dalam lingkungan 70-an.
Jenazah Hassan telah diserahkan oleh Unik Forensik Hospital Kajang kepada sebuah badan kebajikan dan dilaporkan bahawa mayatnya telah dibakar semalam.
Kesilapan itu baru disedari apabila Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia datang untuk menuntut mayat Hassan, yang merupakan seorang penghuni rumah tersebut.
Dr Noor Hisham yang kecewa dengan kejadian itu berkata kementerian memandang serius kesilapan itu.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan yang tidak mematuhi SOP dan garis panduan," katanya.
Beliau berkata abu jenazah Hassan telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan rumah kebajikan berkenaan.
Kementerian juga telah mengeluarkan arahan kepada pihak hospital untuk penambahbaikan segera untuk mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku lagi pada masa hadapan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qSt8ja
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Respon Kementerian Kesihatan Berhubung Isu Jenazah Mualaf Dibakar
Anda sedang baca artikel Respon Kementerian Kesihatan Berhubung Isu Jenazah Mualaf Dibakar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/respon-kementerian-kesihatan-berhubung.html
0 Response to "Respon Kementerian Kesihatan Berhubung Isu Jenazah Mualaf Dibakar"
Catat Ulasan