Loading...

Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang

Loading...
Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang
link : Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang

Baca juga


Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang


JELI - Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri membuktikan ekonomi negara masih pesat berkembang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tradisi rumah terbuka sempena Syawal ini merupakan ciptaan Malaysia dan tidak ada di negara lain.

"Yang di-Pertuan Agung ke-15, Sultan Muhammad V; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; syarikat korporat dan orang perseorangan mengadakan rumah terbuka. Jika ekonomi negara nak bankrap, kita tak akan mampu adakan rumah terbuka.

"Selain itu ia juga lambang kesederhanaan rakyat dan bagaimana konsep wasatiyah diamalkan. Persengketaan politik dilupakan, dan ia budaya perpaduan yang cukup hebat," katanya kepada media mengulas mengenai majlis rumah terbuka yang diadakan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, jika budaya perpaduan ini diamalkan sepanjang tahun Malaysia akan menjadi negara yang berjaya dan bersatu padu.

"Perpaduan yang kita saksikan pada 1 syawal dan sepanjang bulan ini harus dikekalkan sepanjang tahun,dan jika ia dapat dilakukan sudah pasti Malaysia akan jadi negara yang selamat," katanya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, di Kelantan terdapat pelbagai fahaman politik dan semuanya saling bermaafan sempena Syawal.


Sebahagian tetamu yang menghadiri rumah terbuka Mustapa di sini, hari ini.

"Saya harap semangat keterbukaan, kesederhanaan dan silaturahim ini dapat kita kekalkan sepanjang tahun. Walaupun mungkin sukar untuk dikekalkan namun kita harus cuba.

"Sebagai ahli politik kita tunjukkan kepimpinan melalui tauladan yang baik kerana politik ini berkait dengan nilai-nilai murni yang bukan sahaja tentang wang ringgit serta bantuan dalam bentuk kebendaan, tapi lebih besar dari itu," katanya.

Sementara itu, kira-kira 10,000 rakyat negeri ini termasuk perantau memeriahkan rumah terbuka Mustapa yang diadakan setiap tahun di Darul Falah. - Sinar Harian


Thus Article Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang

Itulah artikel Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/rumah-terbuka-bukti-ekonomi-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rumah Terbuka Bukti Ekonomi Negara Pesat Berkembang"

Catat Ulasan

Loading...