Tajuk : Rusuhan Selepas Remaja Dirogol Dalam Wad ICU
link : Rusuhan Selepas Remaja Dirogol Dalam Wad ICU
Rusuhan Selepas Remaja Dirogol Dalam Wad ICU
RUSUHAN melanda bandar Kanpur di Uttar Pradesh selepas seorang remaja dilaporkan dirogol ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di situ.
Perusuh telah membaling batu dan memukul polis dengan salah seorang anggota polis tidak sedarkan diri akibat dipukul.
Keganasan itu meletus selepas remaja itu, Akansha, dipercayai berusia antara 17 ke 18 tahun, telah dirogol selepas jatuh pengsan ketika menghadiri satu parti di bandar.
Akansha mendakwa dia diberikan ubat dan dirogol oleh seorang pembantu jururawat lelaki pada malam yang sama.
“Selepas dibawa ke ICU, ibu saya telah menukar baju saya. Menjelang lewat malam, pembantu jururawat memberitahu baju saya perlu ditukar kerana telah basah. Saya suruh dia panggil jururawat atau ibu saya tetapi dia enggan.
“Dia kemudiannya membawa saya ke tandas dan dia meminta saya menukar baju sambil dia mula membuka butang baju saya. Saya lari ke katil dan dia beredar.
“Tidak lama kemudian dia datang semula dan menyuntik saya, menyebabkan saya tidur. Dia ambil kesempatan dengan merogol saya,’’ katanya.
Akansha memberitahu, selepas bapanya tiba di ICU pada pagi keesokannya, dia terkejut melihat keadan baju anaknya dan mula mengesyaki ada yang tidak kena.
Bapanya kemudian mengejutkan anaknya dan dia mula menangis serta menceritakan semua perkara yang berlaku.
Dalam pada itu, polis memberitahu pihaknya sedang berusaha meredakan ketegangan terbabit namun tidak menyatakan sama ada pihak berkuasa akan menyiasat dakwaan rogol tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tA9Uwc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Rusuhan Selepas Remaja Dirogol Dalam Wad ICU
Anda sedang baca artikel Rusuhan Selepas Remaja Dirogol Dalam Wad ICU dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/rusuhan-selepas-remaja-dirogol-dalam.html
0 Response to "Rusuhan Selepas Remaja Dirogol Dalam Wad ICU"
Catat Ulasan