Loading...

Sahara Yaacob Dan Daging Ada Kisahnya!

Loading...
Sahara Yaacob Dan Daging Ada Kisahnya! - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sahara Yaacob Dan Daging Ada Kisahnya!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sahara Yaacob Dan Daging Ada Kisahnya!
link : Sahara Yaacob Dan Daging Ada Kisahnya!

Baca juga


Sahara Yaacob Dan Daging Ada Kisahnya!

BUNYINYA agak pelik, kelakar pun ada. Namun hakikatnya daging dan Sahara Yaacob mempunyai cerita tersendiri.

Percaya atau tidak, dek kerana kesempitan hidup yang dilaluinya selama ini, Sahara tidak pernah menjamah apa-apa masakan berasaskan daging setiap kali menjelangnya Syawal sejak  10 tahun lalu.
Sebabnya, dia menyambut hari kemenangan buat umat Islam itu seorang diri. Nak beli daging pun tak mampu malah apabila sambutan Hari Raya Aidiladha, tiada siapa yang bersedia memberikan daging kepadanya.

“Rasanya hampir 10 tahun juga saya tidak makan daging kerana tiada siapa ingin sedekahkan kepada saya termasuklah kalau tibanya hari raya Aidiladha.

“Memang teringin sangat nak makan daging tapi tidak pula saya meminta-minta.

“Tahun ini apabila saya banyak dapat undangan berbuka puasa memang saya makan puas-puas apa-apa masakan daging dan Alhamdulillah rezeki tahun ini memang murah,” katanya.

Bercakap mengenai memori hari raya, Sahara berkata, menyambut kedatangan Syawal bersama keluarga dan ibunya adalah kenangan paling indah dan sentiasa merindui saat itu.

Katanya, apabila tiba malam raya, mereka sekeluarga akan sibuk memasak pelbagai juadah sehingga waktu subuh.

“Kenangan bersama ibu siapa pun tidak akan boleh lupa dan seronoknya kalau dia masih ada bersama untuk menyambut Aidilfitri.

“Kalau dulu, ibu paling sibuk di dapur dan saya pula memang akan menolongnya sampai tak sedar kami memasak sampai ke subuh.

“Kepada yang masih ada ibu-bapa, pesan saya jangan lupakan mereka dan ambil kesempatan hari raya ini untuk bersama-sama mereka,” katanya.

Sementara itu, Sahara berkata, Aidilfitri pada tahun ini dia teruja kerana tidak perlu lagi menyambutnya dalam sebuah stor di Hulu Langat, Selangor yang menjadi tempat tinggalnya sebelum ini selepas berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR), Seri Alam Sungai Besi sejak setahun lalu.
Kata Sahara, dia mengalu-alukan sesiapa yang ingin menziarahinya namun tidak bercadang untuk mengadakan rumah terbuka.

“Keinginan untuk buat rumah terbuka itu memang ada tetapi rasanya nanti dahulu kerana kehidupan saya pun baru sahaja stabil.

“Insya-Allah raya nanti saya akan menyambutnya di rumah anak saudara dan sekiranya ada yang hendak beraya pintu rumah sentiasa terbuka,” katanya.

The post Sahara Yaacob Dan Daging Ada Kisahnya! appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2txy75s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Sahara Yaacob Dan Daging Ada Kisahnya!

Itulah artikel Sahara Yaacob Dan Daging Ada Kisahnya! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sahara Yaacob Dan Daging Ada Kisahnya! dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/sahara-yaacob-dan-daging-ada-kisahnya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sahara Yaacob Dan Daging Ada Kisahnya!"

Catat Ulasan

Loading...