Loading...

Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal

Loading...
Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal
link : Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal

Baca juga


Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal


MONTREAL: Persaingan antara Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel untuk kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini antara yang paling menarik dan paling sukar diramalkan.

Kali terakhir saingan sengit begini berlaku ialah 30 tahun lalu, yang mana wira zaman kanak-kanak Hamilton, Ayrton Senna ditentang hebat rakan sepasukan McLaren, Alain Prost.

Perebutan kejuaraan antara Hamilton dan Vettel menjadikan prestasi perlumbaan semakin memuncak sehingga pemerhati veteran di paddock tidak dapat mempercayai apa yang berlaku di Grand Prix (GP) Kanada, Ahad lalu.

Kedua-dua pemandu itu kini hanya dibezakan dengan 12 mata dengan pemandu Ferrari, Vettel masih mendahului pesaing British itu yang menang di Litar Gilles Villeneuve, Kanada.

Bos Mercedes, Toto Wolff, mengakui dia cukup gembira melihat bagaimana Hamilton mencetus inspirasi untuk kemenangan satu dua (1-2) pasukannya, yang pertama tahun ini, sekali gus memadamkan episod duka di GP Monaco bulan lalu.

Kemenangan Hamilton, yang menyusul selepas dia menyamai jumlah 65 petak utama diraih Senna, meletakkan Mercedes kembali sebagai pendahulu kejuaraan pengeluar, lapan mata di depan Ferrari.

"Kami akhirnya meraih kemenangan 1-2 dan dilakukan di atas litar yang kami jangka bakal memberikan kesukaran buat kami.

"Lewis mempamerkan pemanduan cemerlang hujung minggu ini. Pusingan terpantas kelayakan yang cukup menggerunkan apabila anda melihat dari sudut pemandu dan mendominasi hari perlumbaan.

"Valterri bergelut dalam sesi kelayakan, tetapi dia mendapat semula rentak ketika perlumbaan untuk melengkapkan hari yang sempurna," kata Wolff. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shymEE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal

Itulah artikel Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/saingan-hamilton-vettel-sukar-diramal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saingan Hamilton, Vettel Sukar Diramal"

Catat Ulasan

Loading...