Loading...

Salur Maklumat Kerja Panggilan Dalam Portal CBYD

Loading...
Salur Maklumat Kerja Panggilan Dalam Portal CBYD - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Salur Maklumat Kerja Panggilan Dalam Portal CBYD, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Salur Maklumat Kerja Panggilan Dalam Portal CBYD
link : Salur Maklumat Kerja Panggilan Dalam Portal CBYD

Baca juga


Salur Maklumat Kerja Panggilan Dalam Portal CBYD

SHAH ALAM – Syarikat pembekal perkhidmatan utiliti seperti gas, elektrik dan air digalakkan bekerjasama dengan Malaysian Access Forum Bhd (MAFB) untuk menyebarkan maklumat mengenai kerja-kerja lapangan yang bakal dijalankan di sesuatu tempat, menerusi portal ‘Call Before You Dig’ (CBYD).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata ia bagi membolehkan syarikat-syarikat yang mempunyai aset bawah tanah sedia maklum dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan aset mereka tidak terjejas semasa kerja-kerja penggalian dijalankan.

“Kita tahu bila berlakunya kerja-kerja penggalian ia akan merosakkan kabel bawah tanah. Jadi, bila ada portal CBYD ini ia akan beri maklumat awal kepada pemain industri bahawa kerja-kerja penggalian akan dijalankan.

“Portal ini juga merupakan kaedah yang cepat dan berkesan untuk sebarkan sebarang maklumat mengenai kerja-kerja penggalian dan dengan ini boleh mengelakkan kehilangan serta kerugian besar jika berlaku kerosakan kabel atau gentian akibat kecuaian kerja-kerja pengorekan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan portal berkenaan di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi MAFB, Datuk Mohd Taib Hassan.
Jailani berkata setakat ini, lima syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, Time dan TM telah bekerjasama dengan MAFB sejak CBYD mula diperkenalkan awal tahun ini.

“Selain sektor komunikasi dan utiliti, kementerian juga mencadangkan supaya pihak seperti Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara yang menjalankan kerja-kerja lapangan seperti pembaikan jalan, dapat sama menyertai inisiatif oleh MAFB ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Taib berkata kaedah CBYD telah dipraktikkan di beberapa negara lain dengan cara pemberitahuan dibuat dengan menghubungi pusat panggilan seterusnya maklumat disalurkan kepada mana-mana syarikat utiliti dan komunikasi mengenai kerja-kerja penggalian atau pengorekan yang akan dijalankan.

Menurutnya, CBYD juga merupakan kaedah yang pertama di rantau ini membabitkan penyebaran maklumat mengenai kerja-kerja penggalian secara dalam talian.

“Sejak CBYD mula diperkenalkan, kita dapati bilangan kejadian kerosakan kabel atau gentian akibat daripada kerja-kerja pengorekan telah berkurangan dengan banyak. Berdasarkan statistik oleh syarikat telekomunikasi terlibat, bagi suku pertama dan kedua tahun ini, terdapat hanya lima kes pemotongan kabel atau gentian berbanding 34 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Ini satu pencapaian yang baik dan lima kes itu melibatkan kerja-kerja pengorekan yang tidak didaftar di portal ini,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2svqy2G

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Salur Maklumat Kerja Panggilan Dalam Portal CBYD

Itulah artikel Salur Maklumat Kerja Panggilan Dalam Portal CBYD Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Salur Maklumat Kerja Panggilan Dalam Portal CBYD dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/salur-maklumat-kerja-panggilan-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Salur Maklumat Kerja Panggilan Dalam Portal CBYD"

Catat Ulasan

Loading...