Loading...

Sarawak setuju laksana cukai pelancongan

Loading...
Sarawak setuju laksana cukai pelancongan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sarawak setuju laksana cukai pelancongan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sarawak setuju laksana cukai pelancongan
link : Sarawak setuju laksana cukai pelancongan

Baca juga


Sarawak setuju laksana cukai pelancongan

MALAYSIAKINI


Sarawak akhirnya menerima pelaksanaan cukai pelancongan baru yang berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.

Menurut portal Berita Harian, persetujuan itu disahkan oleh menteri pelancongan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media di pejabatnya, di Kuching, hari ini.

Sarawak pada 12 Jun lalu mengumumkan menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri berpendapat penyertaan dalam lembaga itu mempunyai pertindihan tugas serta peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.

Keputusan berkenaan diumum sehari selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, menggelar Abdul Karim sebagai menteri "setahun jagung".

Kenyataan Nazri itu dibuat sebagai reaksi beliau kepada gesaan Abdul Karim agar kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Karim turut menyebut mengenai Perjanjian Malaysia dalam meminta cukai itu ditangguhkan di Sabah dan Sarawak.

Nazri bagaimanapun berkata, Karim tidak memahami perkara itu apabila mengatakan cukai berkenaan seharusnya menjadi urusan negeri.

Kenyataan Nazri itu mengundakan kemarahan pemimpin Sabah dan Sarawak yang terus membidasnya.

Bagaiamapun Nazri berkata, beliau tidak peduli apa yang dikatakan pemimpin berkenaan terhadapnya dan mengisytiharkan dirinya sebagai anak jantan.

"Ini antara saya dengan dia, mengapa nak bawa satu negeri terbabit sama? I am a jantan (man), OK?

"Biar dia jawab. Jadilah lelaki dan jawab. Saya mahu Abdul Karim jawab saya.

"Jangan jadi pengecut dan libatkan orang lain. Jawab sendiri," katanya.

Susulan itu, pada 15 Jun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa perkara itu telah dibincang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan perkara itu diselesaikan dan semua pihak tidak lagi mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk melaksanakan cukai pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam dikuatkuasakan bermula 1 Julai depan.




Thus Article Sarawak setuju laksana cukai pelancongan

Itulah artikel Sarawak setuju laksana cukai pelancongan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sarawak setuju laksana cukai pelancongan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/sarawak-setuju-laksana-cukai-pelancongan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sarawak setuju laksana cukai pelancongan"

Catat Ulasan

Loading...