Tajuk : "Saya Bukan Bodoh & Tak Suka Diperbodohkan. Saya Benci Sikapnya Yang Suka Curang Di Belakang!"
link : "Saya Bukan Bodoh & Tak Suka Diperbodohkan. Saya Benci Sikapnya Yang Suka Curang Di Belakang!"
"Saya Bukan Bodoh & Tak Suka Diperbodohkan. Saya Benci Sikapnya Yang Suka Curang Di Belakang!"
"Saya Bukan Bodoh & Tak Suka Diperbodohkan. Saya Benci Sikapnya Yang Suka Curang Di Belakang!"
Izinkan saya berkongsi masalah dihadapi. Tujuan saya berkongsi bukan mahu burukkan suami tetapi mahu mencari jawapan kepada masalah saya hadapi ini. Saya seorang ibu kepada dua orang anak dan bekerja di agensi penguatkuasaan. Suami juga bekerja bidang sama namun berlainan pangkat. Dia sering sibuk dengan operasinya dan saya faham kerana ada masanya saya juga sibuk.
Disebabkan saya terlebih faham bidang kerja inilah ada kalanya kami sering bergaduh besar. Gaduh saya ada asasnya kerana sudah banyak kali kawan-kawan saya memberitahu kegiatan suami di luar termasuk pernah terserempak dia dengan wanita lain.
Pernah saya tanya suami, biarpun saya anggota berpangkat rendah tetapi takkanlah setiap kali balik daripada operasi, di tubuhnya ada tanda gigitan cinta. Tapi setiap kali saya bertanya, suami beri macam-macam alasan yang tak masuk akal.
Kes rumah tangga kami pernah dipanggil oleh bos atasannya tapi kata suami memberikan pelbagai alasan dan jawapan. Bila pulang ke rumah, saya pasti akan kena maki dengannya. Dia tanya mengapa saya membuat aduan dan adakah saya mahu kariernya terbunuh kerana hal-hal bodoh ini menurutnya.
Ya Allah, sakitnya hati dengan cara dan jawapannya kerana saya tahu dia tidak sedar akan tanggungjawabnya lagi. Saya akui dia miliki rupa paras yang kacak tetapi itu bukan soalnya untuk dia berlaku curang dengan orang lain. Kalau sudah ada tanda love bite di dada dan sebagainya, itu apa lagi tandanya?
Saya bukan bodoh dan tak suka diperbodohkan tetapi saya jadi benci dengan sikapnya yang suka curang di belakang saya. Untuk makluman Prof, sebelum kami berkahwin, saya ada dengar-dengar dia kaki perempuan tetapi saya tak ambil peduli kerana saya beranggapan yang orang boleh berubah tetapi nampaknya sikapnya lebih ketara selepas kami berkahwin.
Prof, saya benar-benar makan hati dengan sikapnya? Kenapa suami begitu dan kenapa saya harus jadi mangsa dirinya? Bagi saya perkahwinan ini satu anugerah tetapi kenapa saya tidak merasakan nikmatnya. Kami hanya tanya bergaduh sahaja dan selebihnya bermasam muka antara satu sama lain sehinggakan prestasi kerja saya merosot.
Jujurnya saya pernah merasakan perkahwinan ini umpama neraka buat saya? Adakah benar perkahwinan umpama neraka buat wanita? Saya betul-betul buntu memikirkannya. Disebabkan sering bergaduh hal ini, kami pernah bercerai talak satu dan ternyata suami berubah sikap kerana di sebalik sikapnya yang suka kepada perempuan, dia memang kalah dengan suara anak-anak.
Suami nampak begitu menyesal dengan perbuatannya dan banyak kali merayu agar kami rujuk semula. Fikirkan anak-anak, saya kembali menerimanya kerana saya tak suka hidup anak-anak terbiar selepas ini. Saya mahu anak-anak ada ayah di sisi mereka.
Prof, saya hanyalah manusia biasa. Perkahwinan bagi saya agar dapat menghindarkan diri dari melakukan dosa zina serta memperbaiki diri agar dapat melakukan ibadat dengan tenang. Namun kini saya bakal menjadi ahli neraka kerana masih berdendam dan tidak ikhlas menerimanya. Saya terima dirinya kerana anak-anak. Adakala saya merasakan menyesal menerimanya kali kedua.
Bahkan saya menerima kembali suami kerana saya juga pernah melakukan dosa zina kerana marah dengan sikapnya sebelum ini tetapi saya tidak pernah memberitahu hal ini kepadanya.
Kini hidup saya seakan-akan diburu dosa, saya takut untuk berterus terang dengannya kerana suami mulai nampak berubah.
Ada kala saya takut berbincang kerana takut kami bergaduh lagi dan anak-anak menjadi mangsa kerana perbincangan sebelum ini semuanya berakhir dengan kemudaratan. Adakah perkahwinan kembali ini menjadi permulaan perjalanan bagi seorang wanita ke neraka? Apa yang perlu saya lakukan dengan dendam ini. Saya akui saya silap tetapi saya lakukannya kerana tidak pernah dihargai sebelum ini. Tolonglah saya Prof! Sehingga saat ini saya tertanya-tanya adakah saya sedang melakukan dosa kerana menyembunyikannya darinya semua hal ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAU58y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article "Saya Bukan Bodoh & Tak Suka Diperbodohkan. Saya Benci Sikapnya Yang Suka Curang Di Belakang!"
Anda sedang baca artikel "Saya Bukan Bodoh & Tak Suka Diperbodohkan. Saya Benci Sikapnya Yang Suka Curang Di Belakang!" dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/saya-bukan-bodoh-tak-suka-diperbodohkan.html
0 Response to ""Saya Bukan Bodoh & Tak Suka Diperbodohkan. Saya Benci Sikapnya Yang Suka Curang Di Belakang!""
Catat Ulasan