Tajuk : 'Saya kembali berlakon kerana Michael Ang' - Zizie Izette
link : 'Saya kembali berlakon kerana Michael Ang' - Zizie Izette
'Saya kembali berlakon kerana Michael Ang' - Zizie Izette
Astro Gempak yakin ramai yang sakit hati melihat Puan Sri Mawar dan anaknya Puteri (Uqasha Senrose) yang selalu membuli Medina (Nur Fazura).
Lakonan sebagai ibu tiri yang dibawa Zizie sangat berkesan sehingga ada penonton HSC yang marahkan Puan Sri Mawar kerana sering mencari kesalahan Medina.
Namun, ada juga yang memuji Zizie kerana watak Puan Sri Mawar yang dibawanya menjadi, walaupun sudah lama tidak berlakon.
Zizie menerusi siaran langsung MeleTop pada malam Selasa lalu memberitahu, dia terbuka hati untuk kembali berlakon adalah disebabkan Michael Ang.“Saya menerima tawaran untuk kembali berlakon kerana Michael. Berterima kasihlah kepada dia kerana dia yang bertanggungjawab membawa saya kembali selepas ‘berehat’ panjang.
“Selepas ini saya tidak mahu lagi berehat terlalu lama kerana lapan tahun saya berhenti, bila masuk set balik saya terlupa teknik berlakon.
“Nak dapatkan balik teknik itu semua, bukan perkara yang mudah. Dan yang menjadi masalah utama saya ialah apabila ‘nervous’ menguasai diri,” katanya kepada pengacara MeleTop, Nabil dan Neelofa.
Sementara itu pengarah HSC Michael Ang memberitahu, watak Puan Seri Mawar dan Puteri memang sengaja dicipta untuk dibenci tetapi disayangi dalam masa yang sama.
“Kalau anda baca novel, watak ibu dan kakak tiri Medina berbeza dengan yang kami bawa ke kaca televisyen,” ujarnya.
Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella yang bersiaran bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
Sumber 'Saya kembali berlakon kerana Michael Ang' - Zizie Izette
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rIldVD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article 'Saya kembali berlakon kerana Michael Ang' - Zizie Izette
Anda sedang baca artikel 'Saya kembali berlakon kerana Michael Ang' - Zizie Izette dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/saya-kembali-berlakon-kerana-michael_1.html
0 Response to "'Saya kembali berlakon kerana Michael Ang' - Zizie Izette"
Catat Ulasan