Loading...

Saya Lelaki dan Ini 5 Jenama Tudung Wanita Yang Saya Rasa Cantik

Loading...
Saya Lelaki dan Ini 5 Jenama Tudung Wanita Yang Saya Rasa Cantik - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saya Lelaki dan Ini 5 Jenama Tudung Wanita Yang Saya Rasa Cantik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saya Lelaki dan Ini 5 Jenama Tudung Wanita Yang Saya Rasa Cantik
link : Saya Lelaki dan Ini 5 Jenama Tudung Wanita Yang Saya Rasa Cantik

Baca juga


Saya Lelaki dan Ini 5 Jenama Tudung Wanita Yang Saya Rasa Cantik

Saya adalah seorang lelaki.

Saya akui saya tak dapat memahami mengapa kaum wanita tergilakan tudung-tudung sehinggakan ada yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit hanya untuk tudung. 

Saya Lelaki dan Ini 5 Jenama Tudung Wanita Yang Saya Rasa Cantik

Saya Lelaki dan Ini 5 Jenama Tudung Wanita Yang Saya Rasa Cantik

Tak perlu justifikasikan pada saya. Saya rasa majoriti orang lelaki tak faham tapi sama lah kaum wanita tak mengerti dengan hobi orang lelaki yang kumpul robot misalnya atau gemar beli gajet. 

Ada banyak jenama tudung di negara kita ni yang dijual untuk pembeli. Pilihan pun banyak apatah lagi semakin ramai pula selebriti yang mengambil peluang memperkenalkan jenama tudung sendiri.

Saya bukannya hendak menyenaraikan 5 jenama tudung terbaik atau jenama paling ekslusif. Saya hanya nak menyenaraikan 5 jenama tudung yang saya rasakan kena dengan taste saya kalau saya wanita. Saya jelaskan, senarai ini bukanlah mengikut kedudukan tetapi hanyalah 5 jenama yang saya rasa paling cantik pada mata saya.

1. Naelofar Hijab

iluminasi naelofar tudung

Saya suka rekaannya yang bersih. Tidak serabut serta nampak kemas. Pilihan warna yang ke arah warna pastel memaparkan kelembutan. Jenama ini memang banyak bergantung kepada Neelofa sebagai dutanya tetapi tak dinafikan, jika seseorang itu memakai tudung jenama ini, kita boleh kenal itu jenama Naelofar. Cuma satu sajalah, tudung Naelofar ini agak singkat.

2. Miss Color

iluminasi misscolor tudung

Tudung Miss Color ini tudung stail tradisional. Perlu digosok, dipakai dengan kerongsang dan pemakaiannya akan memakan masa. Tetapi corak rekaannya yang berjaya menggabungkan elemen moden dan klasik dengan penggunaan warna yang kuat membuatkan si gadis tampak kelihatan yakin serta menawan.

3. Sugarscarf

iluminasi alhumaira tudung

Pernah timbul kontroversi apabila tudung Naelofar dikatakan meniru tudung rekaan Sugarscarf. Boleh nampak mengapa dakwaan itu keluar tetapi saya kirakan yang Sugarscarf menjadi inspirasi kepada banyak jenama tudung lain. Rekaannya pelbagai serta lebih menampilkan variasi berbanding Naelofar yang kelihatan lebih fokus kepada satu rekaan sebagai identiti.

4. Aidijuma

iluminasi aidijuma tudung

Rekaan tudung Aidijuma tampak ringkas dengan rekaan yang lebih konsisten berbanding sesetengah jenama lain yang gemar menyerabutkan rekaan mereka. Cutting tudungnya juga nampak tidaklah terlalu over kerana apabila dipakai, nampak kemas terletaknya tudung tanpa ada bahagian-bahagian yang melayang-layang.

5. Akel

iluminasi akel tudung02

Dikatakan datang dari Turki, jenama Akel ini hanya dicari oleh wanita yang gemar memakai tudung bawal stail tradisional. Rekaannya pula lebih menggunakan unsur geometrik yang ringkas serta tidak berserabut. Saya gemar tudung begini kerana gaya pemakaiannya terpulang kepada wanita itu untuk memilihnya, sama seperti tudung koleksi Miss Color. Harganya juga jauh lebih murah berbanding kebanyakan tudung jenama tempatan.


Saya akui ada banyak tudung lain yang lebih terkenal dan lebih mahal berbanding beberapa jenama yang saya paparkan di atas. Saya melakukan senarai ini berdasarkan pemerhatian saya sahaja.

Apa yang penting, apa saja pemakaian tudung dari mana-mana jenama sekalipun, pastikanlah pemakaian tudung itu mencapai tujuan sebenarnya dan bukannya hanya sekadar ‘fashion statement.’

Sumber: Iluminasi



Sumber Saya Lelaki dan Ini 5 Jenama Tudung Wanita Yang Saya Rasa Cantik

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXnGeI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Saya Lelaki dan Ini 5 Jenama Tudung Wanita Yang Saya Rasa Cantik

Itulah artikel Saya Lelaki dan Ini 5 Jenama Tudung Wanita Yang Saya Rasa Cantik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saya Lelaki dan Ini 5 Jenama Tudung Wanita Yang Saya Rasa Cantik dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/saya-lelaki-dan-ini-5-jenama-tudung_5.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saya Lelaki dan Ini 5 Jenama Tudung Wanita Yang Saya Rasa Cantik"

Catat Ulasan

Loading...