Tajuk : “Saya Sama Sekali Tidak Boleh Menerimanya”
link : “Saya Sama Sekali Tidak Boleh Menerimanya”
“Saya Sama Sekali Tidak Boleh Menerimanya”
KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan beliau berasa sedih dan pilu mendengar berita kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Hishammuddin berkata, beliau tidak dapat membayangkan kesedihan yang dialami keluarga mangsa tatkala seluruh umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dan sebahagian mereka sudahpun melakukan persiapan untuk menyambut hari lebaran.
“Tidak terbayang di benak saya keadaan keluarga arwah ketika menerima berita duka ini. Jauh di sudut hati saya berdoa agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Allah S.W.T atas kehilangan insan tersayang. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hishammuddin berkata, insiden menimpa Zulfarhan mengimbau peristiwa pahit beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 2004 apabila seorang pelajar di Negeri Sembilan meninggal dunia akibat dibuli rakan sekolah.
Menurut beliau, peristiwa itu masih segar difikirannya dan memberi kesan yang besar kepada dirinya menyebabkan beliau dan Kementerian Pelajaran bertungkus-lumus membanteras gejala buli di sekolah waktu itu.
“Barangkali peristiwa pada tahun 2004 berbeda dengan insiden yang menimpa arwah Zulfarhan. Namun, atas apa jua alasan, siapalah kita untuk mengambil tindakan melampau sehingga mengakibatkan kematian.
“Saya sama sekali tidak boleh menerimanya. Sehubungan itu, saya telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia dan UPNM menjalankan siasatan segera bagi mengetahui punca sebenar sekali gus mengenal pasti siapa terlibat.
“Saya konsisten sejak dulu bahawa tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah dalam kejadian seperti ini,” tegasnya.
Media hari ini melaporkan seramai 32 mahasiswa UPNM dan empat mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berusia antara 20 dan 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan kematian Zulfarhan.
Zulfarhan disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Serdang kira-kira pukul 10 malam selepas dihantar mendapatkan rawatan di hospital tersebut oleh beberapa orang rakan dipercayai akibat didera menggunakan seterika wap. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rM9XHD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article “Saya Sama Sekali Tidak Boleh Menerimanya”
Anda sedang baca artikel “Saya Sama Sekali Tidak Boleh Menerimanya” dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/saya-sama-sekali-tidak-boleh-menerimanya.html
0 Response to "“Saya Sama Sekali Tidak Boleh Menerimanya”"
Catat Ulasan