Tajuk : 'Saya tak kisah dikecam' [METROTV]
link : 'Saya tak kisah dikecam' [METROTV]
'Saya tak kisah dikecam' [METROTV]
GELAGATNYA yang bersahaja di laman sosial membuatkan ramai yang terhibur sehingga mendapat gelaran Penghibur Alam Maya biarpun hanya melakukan aksi 'lip sync'.
Popular dengan nama Akak Girl dan Meera James, Nur Amira Maslan, 28, mula dikenali ramai sejak tahun lalu selepas aktif memuat naik video parodi sambil menari di dalam kereta sehingga mempunyai peminat sendiri.
Nur Amira berkata, pada mulanya aktiviti itu hanya sekadar untuk bersuka-suka namun selepas beberapa videonya menjadi tular, dia mempunyai pengikut yang gemar membuat permintaan untuk persembahannya.
"Sejak di bangku sekolah lagi saya suka menonjolkan bakat yang saya ada dan bermula dari itu pelbagai pengalaman yang saya lalui seperti menyertai pertandingan, terima tawaran berlakon iklan dan juara cabaran ‘lip sync’ di sebuah stesen radio tempatan.
"Selepas menang cabaran itu tahun lepas, saya mula aktif untuk video ‘lip sync’ di media sosial dan tidak sangka ramai yang memberi reaksi positif serta menerima ribuan perkongsian di laman sosial," kata anak jati Johor Bahru itu.
Menurutnya, terdapat juga pihak yang mengecam dengan tindakannya itu namun dia tidak kisah dan mengambil positif dengan reaksi orang ramai termasuk teguran serta nasihat yang diberi.
“Memang nampak seperti membuang masa, tetapi kita tidak tahu ada rezeki yang muncul selepas itu contohnya saya ditawarkan sebagai pelakon tambahan dalam filem tempatan yang bakal ditayangkan awal tahun depan.
“Saya menganggap melalui media sosial adalah saluran untuk saya tunjukkan bakat yang ada. Orang yang boleh terima, saya hargai," kata anak sulung daripada lima beradik itu.
Menurut Nur Amira, tidak kurang juga yang meminta tips dan nasihat daripadanya kerana mencetuskan inspirasi kepada mereka yang kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
Katanya, keluarga dan suami juga tidak pernah menghalangnya untuk melakukan aksi ‘lip sync’ di laman sosial malah menyokong hobi kegemarannya itu yang sudah dipraktikkan sejak kecil lagi.
"Sejak kebelakangan ini, banyak video saya yang dimuat naik ditemani suami di sebelah. Ramai yang geli hati dengan reaksi suami saya, Mohamad Hafizi Marzuki, 25, yang seperti tidak ada perasaan dengan gelagat saya, tetapi itulah dia yang sebenar.
"Dia memang seorang yang susah untuk ketawa tetapi dia tidak kisah dirinya terbabit dalam video ‘lip sync’ saya," katanya.
Menurutnya, kebanyakan video di laman sosial dirakam di dalam kereta kerana situasi itu mahu dijadikan sebagai jolokan bagi persembahan Akak Girl.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rIBWFu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article 'Saya tak kisah dikecam' [METROTV]
Anda sedang baca artikel 'Saya tak kisah dikecam' [METROTV] dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/saya-tak-kisah-dikecam-metrotv.html
0 Response to "'Saya tak kisah dikecam' [METROTV]"
Catat Ulasan