Loading...

Sebelum Balik Kampung, Pastikan Anda Buat 15 Perkara Ini. Barulah Nikmat Raya Itu Dapat Dirasa!

Loading...
Sebelum Balik Kampung, Pastikan Anda Buat 15 Perkara Ini. Barulah Nikmat Raya Itu Dapat Dirasa! - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sebelum Balik Kampung, Pastikan Anda Buat 15 Perkara Ini. Barulah Nikmat Raya Itu Dapat Dirasa!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sebelum Balik Kampung, Pastikan Anda Buat 15 Perkara Ini. Barulah Nikmat Raya Itu Dapat Dirasa!
link : Sebelum Balik Kampung, Pastikan Anda Buat 15 Perkara Ini. Barulah Nikmat Raya Itu Dapat Dirasa!

Baca juga


Sebelum Balik Kampung, Pastikan Anda Buat 15 Perkara Ini. Barulah Nikmat Raya Itu Dapat Dirasa!

Sebelum Balik Kampung, Pastikan Anda Buat 15 Perkara Ini. Barulah Nikmat Raya Itu Dapat Dirasa!

Seronoknya bila aura Raya Aidilfitri dah muncul, siap lagu-lagu raya pun dah berkumandang di corong radio. Pastinya perasaan tak sabar nak jumpa mak ayah dan adik beradik di kampung makin 'gemuk'.

Namun dalam sibuk menghitung hari, jangan lupa baca nota ini untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung. Jom semak apa 15 perkara penting itu...

1. Bawa balik seterika sendiri supaya tak berebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali.

2. Rumah di kampung kadang tak ada aircond, kipas terhad, bawa balik 1 kipas sendiri. Kalau boleh elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak.

3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dan lain-lain.

4. Kalau perlu, tilam atau toto pun bawa sekali.

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya. Ramai buat macam tu.

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dan lain-lain.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan telefon, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok hp. Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.

11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. Dan 1 lagi, time raya inilah nak kenal saudara mara. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dan lain-lain. Paling koman 'kordial sunquick' pun kira dah soleh tu.

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita.

Kalau rasa diri memang tak boleh nak berlebih kurang dengan orang lain, jangan harap orang lain berlebih kurang dengan kita. Kena belajar erti menghormati yang tua yang muda. Jangan rasa kita hebat.

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin!

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.

Mudahnya, bukan? Moga kita dapat eratkan silaturrahim dan menikmati Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tbM6xO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Sebelum Balik Kampung, Pastikan Anda Buat 15 Perkara Ini. Barulah Nikmat Raya Itu Dapat Dirasa!

Itulah artikel Sebelum Balik Kampung, Pastikan Anda Buat 15 Perkara Ini. Barulah Nikmat Raya Itu Dapat Dirasa! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sebelum Balik Kampung, Pastikan Anda Buat 15 Perkara Ini. Barulah Nikmat Raya Itu Dapat Dirasa! dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/sebelum-balik-kampung-pastikan-anda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sebelum Balik Kampung, Pastikan Anda Buat 15 Perkara Ini. Barulah Nikmat Raya Itu Dapat Dirasa!"

Catat Ulasan

Loading...