Tajuk : Sebelum Kenderaan Tersadai Di Bahu Jalan, Proton Prihatin Membantu
link : Sebelum Kenderaan Tersadai Di Bahu Jalan, Proton Prihatin Membantu
Sebelum Kenderaan Tersadai Di Bahu Jalan, Proton Prihatin Membantu
Pemilik Proton yang membuat pemeriksaan kenderaan kali ini berpeluang membawa pulang buah tangan sebagai penghargaan di atas sokongan mereka. (Gambar: Proton Cars - Facebook)
Menjelang musim perayaan Aidilfitri pasti berduyun-duyun kenderaan akan bergerak di atas jalan raya menuju ke destinasi masing-masing untuk bertemu dengan anggota keluarga, sahabat handai dan sanak saudara.
Dalam situasi itu juga tidak mustahil ada kenderaan yang tersadai di bahu jalan kerana mengalami kerosakan disebabkan pelbagai faktor. Bagaimanapun ada berita baik buat pemilik kenderaan jenama Proton kerana syarikat pengeluarnya iaitu Proton Holdings Bhd menyediakan pemeriksaan keselamatan percuma untuk kenderaan itu bersempena sambutan Aidilfitri kali ini.
PEMERIKSAAN 20 MATA
Proton dalam satu kenyataan media memaklumkan syarikat itu mempelawa pemilik jenama kenderaan ini hadir ke mana-mana pusat perkhidmatan Proton untuk menikmati pemeriksaan keselamatan sebanyak 20 mata secara percuma.
Menurutnya, perkhidmatan percuma itu turut ditawarkan dalam konsep perkhidmatan mudah alih di beberapa stesen minyak Petronas terpilih di seluruh negara sebagai sebahagian daripada Kempen Petronas Coffee Break pada tahun ini.
"Pemilik Proton dipelawa untuk datang ke mana-mana pusat perkhidmatan Proton yang diiktiraf untuk melakukan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma sebelum mereka memulakan perjalanan jauh.
"Perkhidmatan mudah alih pula kemudahan tambahan untuk mereka yang tidak berkesempatan menghantar kereta untuk diperiksa. Lokasi mudah alih dipilih berdasarkan lokasi yang bersesuaian untuk mereka singgah ketika dalam perjalanan mereka pulang ke kampung," katanya.
LOKASI PEMERIKSAAN MUDAH ALIH
Senarai lokasi mudah alih bagi pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma Proton adalah seperti berikut:
- 20 – 22 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang
- 21 – 23 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang
- Stesen Petronas Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah
b) Arah Selatan
- Stesen Petronas Seremban, Negeri Sembilan
c) Arah Pantai Timur
- Stesen Petronas Jerteh, Terengganu
- Petronas Rawat dan Rehat Gambang (Sempadan Timur), Pahang
- Stesen Petronas Gua Musang, Kelantan
APA YANG DIPERIKSA?
Jelas Proton, pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma termasuk bunga dan tekanan tayar, sistem brek, operasi pedal pada brek dan klac, suspensi, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, semua suis dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, stereng, bahan pendingin dan pencuci bilah.
Lebih menarik, pemilik Proton yang membuat pemeriksaan kenderaan tersebut akan turut membawa pulang buah tangan sebagai penghargaan di atas sokongan mereka.
"Proton percaya kempen keselamatan ini boleh membantu dalam menyumbang kesedaran pengguna jalan raya mengenai kepentingan penyelenggaraan kenderaan dan mengurangkan kadar kemalangan pada musim perayaan," katanya.
Orang ramai boleh memperoleh maklumat lanjut dengan menghubungi talian Khidmat Pelanggan Proton di talian 1800-888-398, emel kepadacustomercare@proton.comatau layari www.proton.com atau http://ift.tt/1TYZos3.
Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sp5f1J
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Sebelum Kenderaan Tersadai Di Bahu Jalan, Proton Prihatin Membantu
Anda sedang baca artikel Sebelum Kenderaan Tersadai Di Bahu Jalan, Proton Prihatin Membantu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/sebelum-kenderaan-tersadai-di-bahu.html
0 Response to "Sebelum Kenderaan Tersadai Di Bahu Jalan, Proton Prihatin Membantu"
Catat Ulasan