Loading...

Segera Adakan Dialog Untuk Selesai Isu Qatar

Loading...
Segera Adakan Dialog Untuk Selesai Isu Qatar - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Segera Adakan Dialog Untuk Selesai Isu Qatar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Segera Adakan Dialog Untuk Selesai Isu Qatar
link : Segera Adakan Dialog Untuk Selesai Isu Qatar

Baca juga


Segera Adakan Dialog Untuk Selesai Isu Qatar

ISTANBUL – Turki menggesa negara-negara Teluk menyelesaikan segera krisis diplomatik melibatkan Qatar yang masih berlarutan sehingga hari ini melalui dialog, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Jurucakap Presiden Ibrahim Kalin ketika ditemui pemberita berkata keutamaan Turki ialah memulihkan ketegangan di rantau itu menerusi rundingan dan bukannya meningkatkan ketegangan.

“Dalam isu ini, Arab Saudi perlu memainkan peranan utama. Sebagai negara paling ‘dihormati’ di rantau itu, Arab Saudi mempunyai peluang dan keupayaan untuk menyelesaikan krisis yang berlaku,” ujar Kalin.

Baru-baru ini, beberapa negara Arab termasuk Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Yaman memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Qatar setelah menuduh Doha menyokong aktiviti keganasan.

Qatar bagaimanapun menolak dakwaan berkenaan dan menyifatkan langkah diambil negara-negara tersebut ‘tidak berasas’.

Ankara menegaskan mereka menolak sebarang sekatan yang dikenakan terhadap Qatar, dan mahu Riyadh mengambil langkah segera menamatkan krisis itu.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sebelum itu berkata sebagai ketua yang dihormati di negara Teluk, Raja Arab Saudi perlu menyelesaikan krisis tersebut.

Menurut Kalin, keputusan kerajaan Turki menempatkan tentera mereka di Qatar bertujuan untuk membantu menjamin keselamatan dan kestabilan di rantau Teluk.

“Kehadiran tentera Turki di Qatar adalah untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan di antara kedua-dua negara, begitu juga dengan negara-negara Teluk yang lain,” katanya mengulas keputusan Parlimen Turki minggu lalu yang meluluskan menempatkan tentera mereka di negara kecil di Teluk itu untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan selain melatih tentera Qatar.

Perjanjian melibatkan kerjasama ketenteraan itu telah ditandatangani di Doha April lalu.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Kalin berkata rundingan di antara Turki dan pihak berkuasa Kurdish di Iraq akan diteruskan. Bagaimanapun, beliau berkata keputusan pihak berkenaan untuk mengadakan referendum kemerdekaan di wilayah yang dikuasai mereka di utara Iraq adalah ‘salah’.

Pemimpin Kerajaan Wilayah Kurdish (KRG) Masoud Barzani minggu lalu mengumumkan akan mengadakan pengundian pada 25 September bagi memberi peluang rakyat memilih sama ada mereka mahu ‘merdeka’ dari Iraq – langkah yang disifatkan Menteri Luar Turki sebagai ‘kesilapan besar’.

“Matlamat utama kami adalah untuk membetulkan kesilapan ini melalui rundingan. Kami akan cuba menyelesaikan isu ini,” kata Kalin.

Katanya pihaknya tidak bercadang mengambil tindakan drastik berhubung isu itu seperti mengenakan sekatan atau menutup pintu sempadan selagi rundingan masih berlangsung.

Kalin berkata Iraq mempunyai masalah yang lebih penting untuk diselesaikan.

“Jika langkah itu diambil, ia tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya menambah lagi masalah yang dihadapi mereka,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sBS4LM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Segera Adakan Dialog Untuk Selesai Isu Qatar

Itulah artikel Segera Adakan Dialog Untuk Selesai Isu Qatar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Segera Adakan Dialog Untuk Selesai Isu Qatar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/segera-adakan-dialog-untuk-selesai-isu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Segera Adakan Dialog Untuk Selesai Isu Qatar"

Catat Ulasan

Loading...