Loading...

Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan

Loading...
Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan
link : Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan

Baca juga


Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan

ZIKRI ABDULLAH

Mesyuarat pimpinan utama Pakatan Harapan Kelantan malam tadi putuskan tubuh sekretariat tetap.


Mesyuarat pimpinan empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) peringkat negeri Kelantan malam tadi memutuskan untuk membentuk satu sekretariat tetap dengan Datuk Husam Musa sebagai penasihat mereka.

Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata mesyuarat bersetuju menetapkan perjumpaan pimpinan PH peringkat negeri itu dibuat secara bulanan.

"Seperti malam tadi, setiap parti diwakili oleh 5 pemimpin utama," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan pertama di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kota Bharu malam tadi.

Mesyuarat malam tadi juga kata Wan Rahim memutuskan untuk melantik Adun Salor, Datuk Husam Musa sebagai penasihat PH Kelantan.

"Sehingga ini kita bersetuju supaya pengerusi mesyuarat ini digilirkan antara parti-parti dalam PH setiap kali diadakan.

"Keputusan juga dibuat untuk melantik Mohamad Soberi Shafii sebagai ketua urusetia sekretariat PH Kelantan," katanya.

Bermula sekarang menurutnya, semua program-program yang disusun oleh mana-mana parti dalam PH akan turut melibatkan parti-parti lain.

"Seperti beberapa program sepanjang sambutan Aidilfitri yang telah disusun bersama atau parti- parti secara bersendirian, akan mendapat kerjasama dari parti-parti rakan.

"Kita sudah mengatur satu dialog anjuran PH pada hari raya ketiga pada 27 Jun dan Amanah Nasional mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Kota Bharu pada hari raya kelima (29 Jun)," katanya.

Persetujuan juga menurut beliau telah dibuat untuk mengujudkan kerjasama di peringkat parlimen dan dun.

"Jawatankuasa penyelaras PH di peringkat parllimen dan dun dengan lima wakil setiap parti komponen akan ditubuhkan di seluruh negeri Kelantan.

"Dengan penubuhan ini gerakerja semua peringkat akan dibuat secara bersama walaupun masing-masing parti diberi peluang untuk merancang program masing- masing," katanya.



Thus Article Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan

Itulah artikel Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/sekretariat-ph-kelantan-dibentuk-husam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan"

Catat Ulasan

Loading...