Loading...

Selangor Telah Menjana 48.3% Peluang Pekerjaan Di Malaysia

Loading...
Selangor Telah Menjana 48.3% Peluang Pekerjaan Di Malaysia - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Selangor Telah Menjana 48.3% Peluang Pekerjaan Di Malaysia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Selangor Telah Menjana 48.3% Peluang Pekerjaan Di Malaysia
link : Selangor Telah Menjana 48.3% Peluang Pekerjaan Di Malaysia

Baca juga


Selangor Telah Menjana 48.3% Peluang Pekerjaan Di Malaysia

 
Oleh Dr. Dzulkefly Ahmad

1. Sejak 2014, peluang kerja di Negeri Selangor telah meningkat melebihi 300,000 pekerjaan.
2. Pembabitan wanita dan pekerja berkemahiran tinggi dalam pasaran kerja lebih baik di Negeri Selangor berbanding seluruh Malaysia.


3. Maklumat rasmi terbaru daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan, bahawa antara 2014 hingga 2016, peluang kerja di Negeri Selangor meningkat sebanyak 305,300 pekerjaan, iaitu daripada 2,912,300 pekerjaan dalam 2014 kepada 3,217,600 pekerjaan pada 2016.

4. Pada tempoh sama, peluang kerja di Malaysia secara keseluruhannya menaik sebanyak 631,600 pekerjaan, bermakna pertumbuhan 305,300 pekerjaan di Negeri Selangor mewakili hampir separuh, atau 48.3 peratus daripada keseluruhan peningkatan peluang kerja di Malaysia antara 2014 hingga 2016.

5. Wanita mencatat prestasi yang memberangsangkan dalam pertumbuhan pekerjaan di Negeri Selangor, yang mana mereka telah mengisi lebih separuh atau 55 peratus pekerjaan baharu di negeri Selangor berbanding hanya 40 peratus pekerjaan baharu di seluruh negara.

6. Pembabitan wanita dalam tenaga kerja di negeri Selangor meningkat daripada 40.3 peratus pada 2014 kepada 41.7 peratus pada 2016. Ini bermakna, apabila peluang kerja di Negeri Selangor berkembang, pembabitan wanita dalam pasaran kerja semakin meluas.

7. Selangor menyaksikan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi seperti pengurus, profesional dan juruteknik memasuki pasaran pekerjaan.

8. Peluang kerja berkemahiran tinggi di Negeri Selangor turut meningkat melebihi 16 peratus dari 2014 hingga 2016, berbanding peningkatan nasional sebanyak 13.5 peratus dalam tempoh sama.
9. Menjelang 2016, hampir 40 peratus daripada 3.2 juta tenaga kerja di Negeri Selangor disifatkan sebagai berkemahiran tinggi.

Apabila Pakatan Harapan memerintah Persekutuan Malaysia nanti, maka kita akan perkukuhkan dasar-dasar dan tadbir-urus yg lebih kompeten, telus dan berkeamanahan, bagi menjamin Kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

*Dr. Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi Amanah, Parti Amanah Negara
 
 


Thus Article Selangor Telah Menjana 48.3% Peluang Pekerjaan Di Malaysia

Itulah artikel Selangor Telah Menjana 48.3% Peluang Pekerjaan Di Malaysia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Selangor Telah Menjana 48.3% Peluang Pekerjaan Di Malaysia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/selangor-telah-menjana-483-peluang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selangor Telah Menjana 48.3% Peluang Pekerjaan Di Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...