Loading...

Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan Di Jakarta

Loading...
Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan Di Jakarta - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan Di Jakarta, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan Di Jakarta
link : Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan Di Jakarta

Baca juga


Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan Di Jakarta

JAKARTA – Bermula daripada motosikal, kini GrabHeli diperkenalkan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota metropolitan Indonesia tersebut selepas Manila, Filipina.

Syarikat yang beribu pejabat di Singapura dan kini beroperasi di rantau Asia Tenggara itu menjalankan percubaan perkhidmatan terbaharunya di Jakarta sebelum dikomersialkan untuk penumpang yang berkemampuan.

Grab menawarkan perkhidmatan helikopter sebagai alternatif kepada kira-kira 10 juta penduduk Jakarta yang sering terperangkap di dalam kesesakan jalan raya yang disifatkan sebagai antara terburuk di dunia.

Ia juga bersempena dengan ulang tahun kelima syarikat itu pada 5 Jun lalu. Dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih, Grab sebelum ini cuma menawarkan perkhidmatan teksi peribadi sama ada kereta atau motosikal.

Pengarah Pemasaran Grab Indonesia, Mediko Azwar berkata, syarikat itu pada masa ini menawarkan perkhidmatan hanya pada hujung minggu dan bersedia memperluaskannya kepada operasi seharian dalam masa terdekat.

“Kami turut mengkaji keperluan orang ramai, memang terdapat eksekutif korporat yang perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam tempoh segera,” kata beliau lagi yang dipetik oleh media tempatan.

Grab buat masa ini mengirimkan makluman dalam aplikasi kepada pengguna terpilih yang mencatatkan jumlah perjalanan terbanyak sepanjang tahun, untuk menerima tawaran perjalanan eksklusif GrabHeli.

Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan Di Jakarta

Selama dua hari iaitu 10 hingga 11 Jun, terdapat lapan penerbangan GrabHeli yang disediakan setiap hari mulai jadual pukul 2.15 petang hingga 5:45 petang waktu tempatan dengan maksimum empat penumpang.

Azwar berkata, setakat ini perkhidmatan GrabHeli masih di peringkat awal dan beliau enggan mendedahkan tambang yang dikenakan kepada setiap pelanggannya yang perlu membuat pengesahan tiga hari lebih awal.

Kesesakan jalan raya yang teruk atau disebut macet di Jakarta sering menyebabkan produktiviti menurun berikutan pelbagai urusan terpaksa dibatalkan termasuk mesyuarat penting dan temujanji dengan pelanggan.

Grab merupakan syarikat pertama menawarkan perkhidmatan teksi helikopter di Jakarta, walaupun pesaingnya dari Amerika Syarikat, Uber sebelum ini berura-ura hendak memperkenalkan perkhidmatan yang sama.

Warga Jakarta yang sangat kaya menyewa helikopter untuk memudahkan bergerak sudah menjadi satu kebiasaan. Grab kini beroperasi di enam buah negara iaitu Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Syarikat  itu menawarkan perkhidmatan meliputi kereta peribadi, motosikal dan teksi serta cukup popular dalam kalangan 600 juta penduduk kelas pertengahan di rantau berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2scgPKh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan Di Jakarta

Itulah artikel Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan Di Jakarta Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan Di Jakarta dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/selepas-manila-grabheli-ditawarkan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan Di Jakarta"

Catat Ulasan

Loading...