Loading...

Selepas RUU 355, PAS mahu bawa satu lagi RUU baru

Loading...
Selepas RUU 355, PAS mahu bawa satu lagi RUU baru - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Selepas RUU 355, PAS mahu bawa satu lagi RUU baru, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Selepas RUU 355, PAS mahu bawa satu lagi RUU baru
link : Selepas RUU 355, PAS mahu bawa satu lagi RUU baru

Baca juga


Selepas RUU 355, PAS mahu bawa satu lagi RUU baru

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS mahu membawa satu lagi Rang Undang-undang (RUU) Persendirian jika kerajaan gagal meneruskan cadangan menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.
 
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata langkah partinya itu perlu dipandang sebagai usaha menyelesaikan pelbagai isu rasuah yang dihadapi negara pada ketika ini.
 
"Kalau kerajaan tidak membawa RUU ini kemungkinan ada satu lagi RUU yang akan dibawa PAS yang melibatkan RUU berkenaan akta dana politik dan perbelanjaan politik. Ini pendekatan kita. 
 
"Kita mengemukakan alternatif, cadangan. Tetapi kita bukan (lakukannya) kerana populis. Kita bercakap hal perubahan yang perlu dilakukan.
 
"Walaupun mereka akan mendapat 'mileage politic', tetapi ketahuilah PAS mengutamakan penyelesaian kepada masalah negara," katanya ketika menyampaikan ucapannya di Munaqasyah Rakyat di sini, hari ini.
 
Zuhdi mengulas langkah kerajaan pada tahun lalu yang mahu menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik yang mana menetapkan kesemua ahli politik supaya mengisytiharkan dana yang diterima atau disiasat atau dikenakan tindakan.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low sebelum ini berkata akta itu akan mengharamkan sumbangan tunai daripada sumber asing, sama ada kepada parti atau ahli politik, termasuk individu, syarikat, yayasan atau persatuan yang berdaftar atau tidak berdaftar serta yang tidak berpejabat di negara ini.
 
Malah apabila ia diluluskan kelak, akta itu juga boleh mengenakan larangan kepada perniagaan milik kerajaan dan syarikat terima kontrak kerajaan atau konsesi membuat sumbangan politik secara langsung, tidak langsung atau berupa barangan.
 
Segala sumbangan yang diterima dan dibenarkan perlu disalurkan ke dalam akaun parti atau akaun peribadi yang baru berasingan untuk transaksi itu.
 
Zuhdi ketika mengulas lanjut berkata PAS dan parti gabungan kerjasamanya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) menyokong usaha yang mahu diusulkan kerajaan itu.
 
"Kita kemukakan hujah iaitu untuk selesaikan masalah ekonomi negara, yang kita selesaikan pendekatan Islam bukan hanya prinsip tetapi penyelesaian teknikalnya juga.
 
"Kita juga kemukakan dokumen penting bersama dengan parti IKATAN, yang muktahir satu memorandum Gagasan Sejahtera menyokong penggubalan akta dana politik dan perbelanjaan yang cuba dibuat oleh kerajaan melalui menterinya, Paul Low.
 
"Cuma setakat ini belum nampak bila ia akan dibawa. InshaAllah dalam perbincangan malam tadi, kita akan desak (usul)," ujarnya lagi.
 
Bagaimanapun cadangan kerajaan itu mendapat kritikan pembangkang yang menyifatkan ia sebagai berat sebelah.
 
 


Thus Article Selepas RUU 355, PAS mahu bawa satu lagi RUU baru

Itulah artikel Selepas RUU 355, PAS mahu bawa satu lagi RUU baru Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Selepas RUU 355, PAS mahu bawa satu lagi RUU baru dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/selepas-ruu-355-pas-mahu-bawa-satu-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selepas RUU 355, PAS mahu bawa satu lagi RUU baru"

Catat Ulasan

Loading...