Loading...

Seorang Bapa Bersama 150 Orang Dakwa Rugi RM9 Juta

Loading...
Seorang Bapa Bersama 150 Orang Dakwa Rugi RM9 Juta - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Seorang Bapa Bersama 150 Orang Dakwa Rugi RM9 Juta, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Seorang Bapa Bersama 150 Orang Dakwa Rugi RM9 Juta
link : Seorang Bapa Bersama 150 Orang Dakwa Rugi RM9 Juta

Baca juga


Seorang Bapa Bersama 150 Orang Dakwa Rugi RM9 Juta


KUALA LUMPUR – Hasrat seorang bapa untuk membelikan anaknya sebidang tanah lot di sekitar Gombak dan Hulu Langat, lebur apabila dia bersama​​​​​​ 150 yang lain menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat hartanah sehingga mengakibatkan kerugian dianggar RM 9 juta.

Bekas pekerja Bank Negara, Othman Sabri, 72, mendakwa dia mengalami kerugian hampir RM72,000 apabila syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tanah itu menghilangkan diri.

“Saya mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi membeli tanah lot itu kerana harganya murah selain cara syarikat itu menerangkan bagaimana projek berkenaan dilaksanakan menyebabkan saya tidak meragui mereka.

“Tetapi setelah setahun menunggu dan apabila sudah berkali-kali dihubungi panggilan tidak berjawab, saya nekad ke pejabat syarikat itu tetapi mendapati pejabat telah ditutup,” katanya pada sidang akhbar bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata hasil siasatan mendapati penipuan syarikat hartanah itu dilakukan dua ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’, dengan seorang daripada mereka merupakan suami seorang selebriti tanah air.

Yusuf berkata ahli perniagaan itu bergiat aktif mencari mangsa sejak 2011 sehingga kini dengan modus operandi penipuan yang licik iaitu menjual tanah milik orang lain yang belum bertukar hak milik kepada pembeli pada harga lebih murah daripada pasaran.

Menurut Yusuf, syarikat berkenaan sebelum ini pernah ditutup namun pelaku membuka sebuah syarikat baharu bagi meneruskan kegiatan haram mereka.

“Kami berharap pihak berwajib seperti Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Selangor, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dapat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku,” katanya. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2syhN5j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Seorang Bapa Bersama 150 Orang Dakwa Rugi RM9 Juta

Itulah artikel Seorang Bapa Bersama 150 Orang Dakwa Rugi RM9 Juta Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Seorang Bapa Bersama 150 Orang Dakwa Rugi RM9 Juta dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/seorang-bapa-bersama-150-orang-dakwa_20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Seorang Bapa Bersama 150 Orang Dakwa Rugi RM9 Juta"

Catat Ulasan

Loading...