Loading...

Seorang Rakyat Malaysia Khuatir Keselamatan Sepupu

Loading...
Seorang Rakyat Malaysia Khuatir Keselamatan Sepupu - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Seorang Rakyat Malaysia Khuatir Keselamatan Sepupu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Seorang Rakyat Malaysia Khuatir Keselamatan Sepupu
link : Seorang Rakyat Malaysia Khuatir Keselamatan Sepupu

Baca juga


Seorang Rakyat Malaysia Khuatir Keselamatan Sepupu

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia yang menetap di London menunggu dengan penuh rasa khuatir akan berita mengenai sepupunya yang merupakan penghuni di blok Grenfell Tower setinggi 27 tingkat yang terbakar awal hari ini.

“Beliau telah cuba mendapatkan maklumat daripada hospital-hospital dan polis sama ada sepupunya selamat namun hampa. Beliau dan keluarga wanita itu saya amat bimbang lebih-lebih lagi terdapat laporan ada orang terperangkap dalam bangunan dan ada yang terjun dari tingkat atas,” kata Daniel Han.

Jurutera berumur 28 tahun dari Pulau Pinang itu bekerja dengan sebuah firma farmaseutikal dan telah tinggal di London selama empat tahun namun enggan menamakan rakannya itu.

“Kami dari kampung yang sama dan sepupunya itu adalah daripada keluarga campuran. Bapanya Cina dan ibunya orang Inggeris,” katanya.

Han berkata rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan sekitar bersimpati dengan mangsa kebakaran dan keluarga mereka. “Kami bersedia untuk membantu jika diminta berbuat demikian, tetapi saya fikir tidak banyak yang kami dapat lakukan. Apa yang perlu dilakukan sudah dilaksanakan oleh pihak berkuasa – polis, bomba dan kakitangan kesihatan.”

Lebih 250 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, 100 anggota polis dan 100 anggota perubatan dilaporkan berada di tempat kejadian kebakaran itu yang dilaporkan berlaku pada kira-kira 12.45 pagi waktu tempatan.

Polis mengesahkan terdapat “sejumlah kematian ” manakala London Ambulance Service berkata 50 orang telah dihantar ke lima hospital setakat 8 pagi.

Sementara itu, seorang rakyat Malaysia berumur 29 tahun yang tinggal di kawasan kira-kira 3km dari tempat kejadian berkata beliau dikejutkan daripada tidur oleh bunyi sirem jentera bomba dan ingatkan berlaku satu lagi serangan pengganas susulan insiden serangan di London Bridge dan di Manchester.

“Saya tutup semua tingkap bilik tidur saya,” kata Adam Efendi Nordin, perunding operasi di firma perakaunan Ernst and Young.

“Saya sukar melelapkan mata sepanjang malam. Saya asyik terjaga oleh bunyi siren dan bunyi helikopter yang berlegar-legar di udara.

“Pada kira-kira 5.30 pagi, saya keluar bilik. Saya lihat asap berkepul-kepul dari bangunan itu dan boleh dengar bunyi helikopter, kereta polis dan ambulans. Kejadian menyedihkan itu belum berakhir.” – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rhbqSm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Seorang Rakyat Malaysia Khuatir Keselamatan Sepupu

Itulah artikel Seorang Rakyat Malaysia Khuatir Keselamatan Sepupu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Seorang Rakyat Malaysia Khuatir Keselamatan Sepupu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/seorang-rakyat-malaysia-khuatir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Seorang Rakyat Malaysia Khuatir Keselamatan Sepupu"

Catat Ulasan

Loading...