Loading...
Tajuk : Serang Bekas Teman Wanita, 'War Machine' Dipenjara Seumur Hidup
link : Serang Bekas Teman Wanita, 'War Machine' Dipenjara Seumur Hidup
Serang Bekas Teman Wanita, 'War Machine' Dipenjara Seumur Hidup
Bekas atlet tempur seni pertahanan diri campuran (MMA) yang digelar ‘War Machine’ dipenjara seumur hidup, hari ini selepas didapati bersalah melakukan serangan ganas dan memukul bekas teman wanitanya pada 2014.
Petarung berusia 35 tahun itu dengan nama sebenar Jonathan Paul Koppenhaver didapati bersalah oleh juri pada 29 Julai lalu atas beberapa tuduhan berkaitan serangan terhadap bekas teman wanitanya Christy Mack dan rakannya Corey Thomas.
Juri bagaimanapun tidak bersetuju terhadap dua tuduhan cubaan untuk membunuh.
Koppenhaver diberitahu hakim Las Vegas Elissa Cadish dia layak untuk mendapat parol dalam tempoh 36 tahun lagi iaitu pada umur 71.
Koppenhaver dituduh menyerang Christy dan Corey selepas menuduh mereka menjalin hubungan.
Corey dicekik dan ditumbuk selama beberapa minit sementara Christy mengalami lebam pada tempurung mata kiri serta beberapa kecederaan muka, luka di bahagian hati, patah rusuk dan patah dua batang gigi.
Koppenhaver pada Mac lalu menulis dia gembira berdepan hukuman penjara untuk tempoh yang lama.
Koppenhaver bertarung 19 perlawanan MMA sepanjang kariernya dengan kali terakhir pada 2013 tetapi tewas kepada Ron Keslar di Bellator 104.-AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4d4WJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Serang Bekas Teman Wanita, 'War Machine' Dipenjara Seumur Hidup
Itulah artikel Serang Bekas Teman Wanita, 'War Machine' Dipenjara Seumur Hidup Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Serang Bekas Teman Wanita, 'War Machine' Dipenjara Seumur Hidup dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/serang-bekas-teman-wanita-war-machine.html
0 Response to "Serang Bekas Teman Wanita, 'War Machine' Dipenjara Seumur Hidup"
Catat Ulasan